#REVIEW Movie : Kaabil 2017

9:30 AM


Assalamualaikum, semua!
Kali ini aku akan review sebuah movie yang sangat menarik. Aku baru je habis menontonnya setelah direkomen berkali-kali oleh abang dan kakakku. Awalnya malas nak layan sebab movie ni lama tapi ternyata sangat berbaloi dan best. Movie yang akan direview kali ini merupakan movie Bollywood pertama dalam koleksi review aku. Selama ni aku tidak pernah lagi review filem Bollywood jadi ini yang pertama dan tentunya bukan yang terakhir.


Filem ini dilakonkan oleh Hrithik Roshan sebagai watak utama dan heroinnya Yami Gautam. Cantik sungguh Yami Gautam dalam ni dan aku rasa ini pertama kali aku tengok dia berlakon. (Sebab dah lama tak layan Bollywood). Okay, ayuh kita mula!

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Kaabil 2017
Tarikh Keluar : 27 Januari  2017
Genre : Drama, Action, Thriller
Pengarah : Sanjay Gupta 

Sinopsis :

Mengisahkan tentang Rohan Bhatnaga, seorang yang baik, positif dan ceria dalam kehidupannya. Meskipun dia buta sejak lahir, dia mempunyai bakat dalam dubbing malah dek kerana bakatnya itu, dia bekerja sebagai voice over artist untuk menyara kehidupan. Pada suatu hari, dia telah mengikuti satu pertemuan yang diatur oleh kawannya Mukerji. Dalam pertemuan tersebut (erti kata lain, blind date) dia bertemu dengan Supriya Sharma. Supriya pada awalnya tidak ingin berkahwin dan selesa hidup sendiri akhirnya terpikat dan jatuh hati pada ketulusan dan keikhlasan Rohan. Mereka kemudiannya melanjutkan perhubungan mereka ke jinjang pelamin. Oh ya, Supriya juga buta.
Di suatu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah mereka, Amit dan rakannya mengganggu mereka dan mengusik Supriya. Tindakan itu hampir membuatkan kemarahan Rohan meletus. Tapi segalanya reda apabila Supriya berteriak meminta tolong pada jiran mereka.


Keesokkannya, ketika Rohan berangkat ke kerja, Amit dan rakannya itu telah menceroboh masuk kedalam rumah Rohan. Mereka kemudiannya merogol Supriya dan mengikatnya di katil. Kejadian itu menaikkan kemarahan Rohan yang tahu selepas pulang kerja. Rohan setelah itu melaporkan kepada polis namun kes itu tidak kuat disebabkan ketandusan bukti. Satu-satunya bukti ialah Supriya perlu melakukan medical checkup dalam tempoh 24jam. Ini kerana perogol itu tidak bersuara ketika melakukan jenayah tersebut dan tiada bukti untuk menuduh Amit yang melakukan itu. Malang tidak berbau apabila dalam perjalanan ke hospital, mereka berdua diculik, lalu diugut dan dipukul. Tamat tempoh 24jam, mereka dibuang ke tepian pantai dan itu lagi mengeruhkan keadaan. Bukti satu-satunya disapu air laut dan mereka lewat dengan melakukan medical checkup setelah 30 jam. Kes itu akhirnya digugurkan malah polis menuduh mereka menipu. Tidak tahan dengan itu, Rohan ttiba-tiba dingin dengan Supriya. Dia sedih mengenangkan nasib yang menimpa mereka. Keesokkan hari, Amit yang telah dibebaskan kembali semula ke rumah Rohan, dan merogol Supriya buat kali kedua. Malah dia juga mengatakan Supriya tidak mampu melakukan apa-apa dan dia berjanji untuk datang setiap hari. Lupa nak cakap, Amit merupakan seorang adik kepada calon pemimpin di kawasan itu. Malu dengan dirinya dan merasakan dirinya kotor, Supriya telah melakukan suatu tindakan yang mengejutkan dan meluluhkan hati Rohan. Apa yang terjadi setelah itu? Bagaimanakah keadaan Supriya? Dapatkah keadilan ditegakkan?


Rating Imdb : 7.1/10
Rating Rottentomatoes : 4/5
Rating aku sendiri : 8.8/10 


Filem ini sungguh best dan menarik. Jalan cerita yang berbeza daripada yang lain menjadikan ia menarik. Aku malah sedih menitiskan air saat menontonnya. Kesian pada mereka berdua. Cinta yang suci diragut. Keadilan didustakan hanya kerana mereka buta. Iya, walaupun nampak sedikit berlebihan tapi biasalah Bollywoodkan selalu berlebihan dan luar biasa. Sinematografi yang cantik walaupun ada beberapa scene yang kelihatan seperti studia dan ada yang nampak visual effectsnya tapi tidak mengapa. Conposition dan color grading juga cantik. Memang kita akan tahu itu filem Bollywood.

Kalian memang harus menontonnya, sebuah filem romantik tapi penuh aksi dan thriller. Sedikit drama yang mengharukan. Cukup untuk menghiburkan kalian di masa lapang. Walaupun di realiti rasanya sukar nak cari pasangan buta yang cantik begini dan bercinta dengan cara begini tapi tetap filem ini unik. Para pelakon juga berjaya membawakan watak mereka dengan baik dan berkesan. Cuma satu, filem ini lama sikit (biasala tu Bollywood kan) jadi kalau nak menontonnya, pastikan masa anda lapang selama 3jam. Kalau tak sukar nak menghayatinya.

Sekian daripada saya. Semoga kalian menontonnya.
Yang baik, kita jadikan teladan dan pedoman, yang buruk jangan dicontohi.
Sehingga ketemu lagi


You Might Also Like

11 comments

  1. menangis tengok movie ni haihh kejam betul sampai rosakkan hidup diorang berdua. Nanti try la tengok movie Kapoor & Sons :D

    ReplyDelete
  2. aku pun tengok dohhh. memang besttttt!!

    ReplyDelete
  3. abe kie suka tengok citer hindi lama2. yg moden ni kurang minat...

    ReplyDelete
  4. Dah lama akak tak tengok filem hindi.. Btw, tahniah sis kerana tersenarai dalam carta top commentor jurnal akak..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/11/top-commentor-oktober-november-2017.html

    ReplyDelete
  5. jalan cerita hindi yang berbeza. plot kerjaya dubbing artist tu rasa macam 1st time diangkat di dalam filem. Gv perasan filem hindi skang dah makin banyak buat cerita yg tidak klise.

    ReplyDelete
  6. citer hindustan mmg bgs cinematografinya.... sekolah filem depa mmg terbaik klu nak belajar ttg cinematografi...

    ReplyDelete
  7. Hi sis...saya datang tinggal jejak disini..
    http://yangunguitumanggis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaa lama dah tak layan movie bollywood.. Hero best, mesti movie pun gempak! 😻

    ReplyDelete
  9. Jalan cerita yg menarik. nanti boleh tengok bila ada masa free2. sbb 3 jam kan . :)

    ReplyDelete
  10. Cam best je.. ni yang tak sabar ni

    ReplyDelete
  11. kes rogol lagi...? adoiiiii.. tadi baca review filem Bhoomi lepas tu review filem Mom.. ni review Kaabil.. tiga-tiga pun kes rogol.. hehehehee.. kebetulan.. :p

    nanti nak tengok filem ni sebab Hitrik Roshan.. :)

    ...

    ReplyDelete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

Broaden News




#BPT