#REVIEW Movie : Sepatu Dahlan 2014

10:00 AM


Assalamualaikum! Movie untuk direview kali ini merupakan sebuah kisah tentang kemiskinan yang menginspirasikan. Hasil nukilan negera seberang. Berasal dari sebuah novel yang kemudiannya diadaptasi kepada sebuah movie.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Sepatu Dahlan 2014
Tarikh Keluar : 10 April 2014
Genre : Drama
Pengarah : Benni Setiawan

Sinopsis:
Filem ini dimulakan dengan scene di sebuah ladang tebu, kelihatan sekumpulan budak sedang mencuri tebu. Namun akhirnya tindakan mereka diketahui oleh penjaga tebu dan mereka dikejar oleh beberapa pekerja tebu yang lain sehingga tertangkap. Dek peristiwa itu, Dahlan, seorang kanak-kanak yang mengikut serta melakukan aktiviti itu, dipukul oleh ayah memakai penyapu lidi sebagai hukuman. Ayah Dahlan seorang yang tegas dalam mendidik anaknya, manakala ibunya seorang sangat penyayang dan baik hati. Saat Dahlan dipukul, ibunya turut membela Dahlan sehingga pukulan lidi itu terkena pada tangan ibunya. Walaupun sakit, tapi kasih sayang ibu kepada Dahlan lebih besar. Iya, seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya. Dahlan kemudiannya tamat persekolahan rendahnya. Keputusannya tidak begitu cemerlang bahkan banyak subjek yang mendapat markah merah. Disebabkan itu, ayahnya marah dan berkeputusan untuk memasukkan Dahlan ke sebuah Madrasah Tsanawiyah di Pesantren Takeran. Jalan ke sekolah barunya itu berkali jauh daripada sekolah rendahnya.

Keluarga Dahlan ini sangatlah miskin dimana untuk sarapan sahaja hanya secangkir teh. Adakalanya Dahlan ataupun adiknya terpaksa mengikat sarung di perut mereka untuk menahan lapar. Dahlan tinggal bersama kedua ibubapanya dan seorang adik lelaki. Disebabkan kemiskinan mereka, Dahlan tidak punya sepasang kasut. Dia sering terlihat kesana kemari tanpa memakai alas kaki. Bahkan untuk kesekolah pun Dahlan hanya berkaki ayam. Impian Dahlan untuk memiliki sepasang kasut tenggelam timbul akibat kemiskinan mereka. Sehingga ada suatu kejadian yang membuatkan impian itu musnah. Di sekolah menengahnya, Dahlan terpilih sebagai pemain utama bola tampar sekolah. Dahlan mengalami kesulitan saat pertandingan bola tampar makin hampir. Kerana kebanyakkan penganjur pertandingan mensyaratkan untuk memakai kasut. Masalah menjadi lebih rumit dengan kemalangan yang menimpa keluarganya.

Rating aku : 7/10

Sebuah filem yang mengajari kita tentang ketabahan dan kemiskinan yang bermartabat. Dahlan selalu berpegang pada prinsip "Kaya Bermanfaat, Miskin Bermartabat" dan "Kaya dalam iman". Suatu hal yang menginspirasikan buat kita semua malah menginsafkan kita yang hidup dengan serba lengkap. Dahlan tidak pernah ingin menyusahkan kedua orang tuanya. Dia tidak meminta yang berlebihan kepada mereka kerana Dahlan memahami keadaan mereka. Dahlan malah nampak bersyukur dengan apa yang ada serta tabah menghadapi kemiskinan dan masalah. Dia juga terlihat kuat saat memujuk adik dan menjalani kehidupan. Siapa yang tak sedih dan insaf selepas tengok ini. Kita yang hidup dengan cukup makan ini lebih kurang bersyukur dibandingkan dengan Dahlan.

Dari segi cinematografi, bagi aku cantik ditambah lagi dengan kawasan perkampungan disitu cantik. Yang lebih menarik lagi bagi aku, ialah bagaimana dia berjaya menghasilkan sebuah cerita yang bagus hanya dengan kasut. Bahkan elemen permainan perasaan juga berjaya digabung dalam cerita ini. Bila tengok cerita ini, aku tiba-tiba teringat akan cerpen Kasut Kelopak Jantung yang pernah menjadi komsas tingkatan 1. Lebih kurang sama tapi ada bezanya.

Sekian daripada saya. Bolehlah kalian menonton filem ini kerana ia sebuah filem yang indah dan best. Sehingga ketemu di lain review!

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News