#KISAHSIAPA 18 : AISKRIM

11:06 PM

credit


Hari itu balqis, zue dan nabilah mengubah selera mereka. Kebiasaannya mereka akan berjalan jalan ke The Mines, IOi City Mall dan Alamanda tapi kali ini kaki mereka ingin melangkah lebih jauh.

Jalan TAR.
Atau lebih dikenali dengan Jalan Tun Abdul Rahman.
Memang nama itu tersohor di negara Malaysia.
Lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang gemarkan shopping pakaian. Di situ juga terletaknya Jakel Mall dan juga Jakel Warehouse yang agak besar. Barangkali terbesar di negara ini.

"Dah siap ke?"soal zue, riak mukanya seperti kebosanan.

"Okey, dah. Jom" balas balqis yang selesai menggayakan tudungnya.

Selalunya antara mereka bertiga, balqis mengambil masa lebih sikit untuk mempersiap dirinya berbanding dengan zue dan nabilah. Tapi tiadalah sampai sejam lambatnya. Cuma paling lama pun 15 minit. (Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan buat si penunggu)

Meski jarak kampus mereka dengan jalan Tar tiadalah dekat sangat, tapi disebabkan Nabilah ada kereta memudahkan perjalanan mereka tanpa perlu bersusah terkejar kejar ktm. Tempoh perjalanan yang kebiasaannya 2 jam menjadi 1 jam 15 minit singkatnya. Itupun kalau tidak jam. Mungkin lagi parah.

Perempuan, shopping dan jualan murah.
Ibarat sahabat akrab yang berpisah susah. Tambahan pula peniaga-peniaga di jalan TAR menawarkan harga yang lebih murah. Boleh bikin ribut buat para wanita.

Mereka sampai di jalan TAR pada pukul 9.30 dengan memarkir kan kereta di tempat letak kereta yang disediakan. Mujur hari itu jalan lancar tanpa jem. Kalau tak, jenuh mereka bertiga di dalam kereta. Sebelum memulakan misi shopping, sempat juga bersarapan di restoran makanan segera, KFC. Katanya nak jimat. Eh

Usai bersarapan, mereka bertiga memulakan modus operasi mereka. Shopping
Hoho.

Hampir setiap kedai yang ada di sepanjang jalan TAR itu dimasuki mereka. Membelek-belek pakaian yang tergantung, mana tau ada yang berkenan di hati. Sampai ke kedai terakhir, ada lah dalam 2 plastik seorang, minimun, yang dibimbit di tangan. Setelah itu, mereka ke Jakel Mall pula yang terletak di jauh dari situ. Cuma perlu melintasi jalan kerana Jakel Mall terletak berhadapan dengan jalan TAR.

"Zue, kau nak buat apa masuk sini?" soal Nabilah yang kelihatan agak lelah.

"Hah! Aku dan balqis nak cari kain. Nak buat baju. Hoho," balas zue sambil gelak.

"Hamboi, sakan nampak. Haahaha", Nabilah gelak. Lucu hati dia melayan gelagat kawan dia tu.

*****

"Dah siap?" tanya Nabilah setelah 2 jam menunggu

"Sudah dong. Jom balik"jawab Balqis sambil gelak.

"Jom"

"Eh, lapar lah pulak. Jom beli makanan" cadang Nabilah sambil memegang perut. Sebenarnya sudah sejam dia menahan lapar.

"Apa je ada kat sini?"

"Tuh, ada orang jual ais krim jalanan. Dah lama kita tak makan ais krim tu. Dulu time kecil-kecil, selalu tahan pakcik aiskrim untuk beli makan."Zue menunjukkan kearah seorang penjual aiskrim dengan motosikal yang dibelakangnya ada kotak simpanan aiskrim.

"Wahhh!!! Sedapnya. Jom beli. Korang nak kan?"tanya Nabilah. Dia dah tak sabar nak makan.

"Mestilah nak. Lapar kot shopping"Balqis cepat membalas sambil buat muka lapar.

"Mak aiii.. Mahal gile aiskrim tu. RM3 satu aiskrim."bagitau Nabilah sambil muka tak puas hati. Masakan tidak kerana melayan RM9 dia gara-gara aiskrim yang sepatutnya murah itu.

"Dulu kita beli 50 sen je. Paling mahal pun sekarang RM1.50. Memang mahal itu. Cekik darah betul" gomel Balqis, terkejut.

"Mungkin kawasan jualan dia kot. Sebab berhadapan dengan Jakel Mall, sebab tu mahal. Dia tahu orang yang datang beli kat sini kaya-kaya kot. Manada beli kain murah dan sikit kat sini. Tak apalah, lagipun kita laparkan sekarang. Mungkin ada hikmah disebalik tu", balas Zue sambil tersenyum. Meskipun mahal tapi dia tetap cuba bersangka baik atas apa yang berlaku.

"Okeylah, nasib baik lapar. Kalau tak, aku memang dah tak beli dah."

"Nanti kita carilah kedai makan untuk lunch, okey?"tanya Balqis

"Okey!"serentak Nabilah dan Zue balas.

3 Jam Berlalu.

"Jem laa plak jalan nie" keluh Nabilah.

"Tulaa pasal. Dari tadi tak gerak-gerak. Nak singgah makan pun x sampai lagi"balas Balqis.

Zue termenung memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia senyum.

"Zue, kau kenapa senyum sorang-sorang nie?"soal Nabilah. Pelik dengan kelakuan sahabat dia sorang nie.

"Perasan tak, setiap tindakan kita, baik buruk mahupun yang baik pasti disertai dengan hikmah."jawab Zue sambil menghadapkan wajahnya kearah kedua sahabatnya.

"Zue, apa kau cuba nak cakap nie? Aku tak faham lah"Balqis menggaru kepalanya yang tidak gatal. Berusaha memahami bait kata-kata Zue yang penuh tersirat maknanya.

"Apa yang aku nak katakan kat sini, setiapa tindakan dan pilihan yang kita buat, tak kira baik atau buruk pasti ada hikmah yang telah Allah tetapkan kepada kita. Sebagai contohnya, kejadian yang berlaku kepada kita hari nie. Dah hampir 3 jam kita tersangkut dalam jam dan kita masih belum menjamu makanan tengah hari kita. Tapi nasib baik kita dah alas perut kita dengan aiskrim tadi. Meskipun aiskrim tu mahal tapi mampu membuatkan perut kita tahan selama 3 jam dalam jem nie. Cuba bayangkan kita merungut gila tadi sebab harga aiskrim tu mahal gila, dan kita tak beli aiskrim tu, akhirnya kita akan merana kelaparan dalam jem nie"panjang lebar Zue menguraikan hikmah yang berlaku kepada mereka hari.

"Haahlaah, ada hikmah juga kita beli aiskrim tu. Allahu, Allah Maha Mengetahui"

"Sebab itulah, terimalah segala apa yang menimpa kita dengan keterbukaan hati. Meskipun kita tersalah buat pilihan tapi mungkin pilihan itu terbaik untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jadi jangan asyik merungut."

"Hahaha.. okeylah. Thanks zue"

Mereka bertiga gelak bersama. Sentuhan itu sungguh mendamai dan menyedarkan Nabilah dan Balqis. Sungguh Allah itu maha Berkuasa, melalui seorang sahabat yang baik itu, bisa mengalir teguran dan nasihat yang mendekatkan diri kepadaNya.

You Might Also Like

1 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News