KISAHSIAPA #6 : AIRPORT

10:38 PM



Bismillah,
Assalamualaikum.

Berjalan. Melihat. Mentafsir

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
Ar-Rum : 9

--------

Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun.
Al-Mu'minun : 82

--------

Banyak lagi dalil dalil mengenai berjalan/mengembara di muka bumi ini.
Berjalan bukan sekadar berjalan.
Melancong bukan sekadar makan angin.
Mengembara bukan sekadar melepas gian.

Tapi semua itu untuk melihat dan berfikir.

Berfikir tentang kebesaran Allah.
Berfikir tentang ancaman Allah.

Tak ramai yang sedar. Andainya semua berfikir dan mengambil iktibar, inshaAllah mereka tidak akan menyesali tindakan mereka kelak.

*****

Hari ini, ibunya akan pulang ke tanah airnya. Semenjak ibunya dinaikkan pangkat dan berpindah tempat kerja, ibunya sering berulang alik dari tempat kerja ke rumah setiap kali tibanya hujung minggu. Nampak meletihkan dan tidak berbaloi tapi semua itu gagah dilakukan demi keluarga tersayang dan suami tercinta nun jauh disana.

Nabilah melangkah menuju ke terminal. Ayunan kaki dijaga agar tidak melanggar sesuatu. Matanya melilau melihat permandangan dan suasana sekeliling. Entah kenapa, hatinya berpaut akan suasana lapangan terbang. Melihat gaya pramugari dan juruterbang, lagak penumpang pesawat, telatah mereka yang menghantar serta mengambil. Baginya itu sesuatu yang lucu dan menarik.

Mujur masa itu mereka datang awal jadi sempat untuk Nabilah meluangkan lebih masa memerhatikan manusia di situ.

"Ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada mereka yang berada di airport nie. Masukkanlah mereka ke dalam golongan beriman dan bertaqwa kepada-Mu", detik hati Nabilah.

Dia memegang kepada mustajabnya doa untuk mereka yang tidak kenali. Pemerhatiannya kepada suasana lapangan terbang membuatkan hatinya merasa kasihan. Kasihan untuk dirinya dan mereka di situ. Kasihan kerana dakwah islam masih belum mengetuk hati mereka. Kasihan kerana dia masih leka dengan arus dunia.

Arah pandangan matanya dialihkan kepada sekumpulan pramugari yang berjalan pantas memasuki balai pelepasan. 

"Cantik, menarik dan seksi"

"Jika diikutkan mereka sepatutnya lebih beriman kerana Allah telah mengerbangkan mereka di awanan tinggi. Itu sahaja membuktikan kebesaran Allah yang memegang pesawat itu daripada terhempas di pertengahan langit dan bumi."

*****

Kekadang tidak perlu ke luar negara untuk melihat kebesaran Allah, tapi lihat saja sekeliling kita. Alam, haiwan tumbuhan saja sudah cukup menunjukkan kebesaran Allah.

Kepada Allah milik langit dan bumi, telah Allah ciptakan dengan sempurna, aturan yang sungguh rapi. Tidakkah itu menyentuh keinginan kita untuk bertaqwa kepada Allah? 

p/s: maaf, penulisanku makin tidak menentu hala tujunya. mohon komen andai tidak mengerti. 

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

Flickr Images