Terbang ke Usim!

4:01 PM



Bismillah,
Assalamualaikum.

Sempena cuti semester nie, saya telah merancang percutian saya sedikit demi sedikit. Eheh.
Alang - alang saya masih belum kembali ke tanah air, baik saya melencong ke usim. Huhu. Sebenarnya nak pergi pada hari ahad je tapi gagal melawan ajakan ke shah alam. Ops. Dah ada sale half price so x dpt nak lepaskan peluang. Jadi perancangan itu jatuh pada hari Rabu dan Khamis. Itu juga tidak dirancang menginap di sana semalaman. Semua ini gara gara kekawan yang duduk tidak sama kampus penginapan.

*****
Dia sudah tidak sabar. Tidak sabar untuk bersua muka dengan rakan rakannya yang telah lama tidak dia ketemu. Fikirnya sudah hampir 2 tahun dia tidak berjumpa dek jadual belajarnya tidak sama dengan mereka.

Bergegas dia bangun dan bersiap. Erk, mungkin bergegas kerna sudah lewat.
Berseluarkan jeans biru dan tshirt labuh akhirnya dia sudah bersedia.

"Jah dah siap!!" laungnya pada abangnya.
"Okey"

15 minit kemudian.

Dia sampai di Kampus Penginapan Sutera Indah yang terletak di luar Kampus USIM.
Kakinya melangkah masuk dan terus mengambil tempat di bangku sementara menunggu kawan menjemputnya. Kebetulan pula ketika itu beberapa orang pelajar USIM keluar untuk membeli. Sangkanya. Mereka melepasi dia dengan pandangan yang pelik.

"Eh, kenapa dengan mereka? Pandang pelik kat aku."

Tetibe dia teringat akan etika pemakaian. Dia memakai seluar jeans. USIM mana benarkan pelajarnya memakai seluar jeans di dalam kampus. Errr.

Biarlah. Aku bukan pelajar usim. Dia pun buat selamba.

Dari jauh dia nampak kelibat kawan baiknya. Senyum lebar hingga ke telinga. Rasa nak menjerit je nama kawannya itu dari jauh. Rindu. Rindu yang teramat.

*Untuk dipendekkan cerita, mereka berborak borak dan melepak di Sushi King Giant*

Selesai makan sushi, dia dan kawannya pulang ke penginapan. Waktu itu dalam pukul 5 petang. Waktu untuk pelajar USIM menunggu bas ke kelas. Jadi bilangan pelajar yang di pintu masuk penginapan lebih ramai berbanding masa dia sampai mula mula tadi.

Dia masih meneruskan muka selamba. Dalam hati takut. Ada juga dia berpesan pada kawan dia untuk cover seluar jeans nya. Kehkeh. Agak lawak jugak la dia nie. Dulu masa seluar menengah, nakal bukan main tapi sekarang pengecut. Hahaha. Ops.

Sambung balik, dan dia melepasi pelajar pelajar itu. Dia dapat melihat pergerakan mata pelajar pelajar usim yang memandangnya dari atas hingga ke bawah. Tapi hati terus membisik agar tampak tenang. Akhirnya dia berjaya melalui dengan tenang dalam takut.

Malam itu kawan dia mengajak nya untuk menyertai program yang dianjurkan. Program itu hanya untuk pelajar sahaja, tidak terbuka untuk orang luar. Tapi dia pergi jua dengan menyamar sebagai kawannya yang lain yang tidak dapat hadir dek ada kelas.

Sebelum masuk ke dewan kuliah, kawan dia diajak oleh senior di sana untuk menyertai liqa'. Jadi dia terpaksa lah menunggu kawan dia mengisi nama di kaunter tersebut sebelum masuk kedalam. Kebetulan pula ada seorang senior yang menjaga kaunter itu merupakan senior sekolah lama dia. Apa lagi dia, bersembunyilah dia takut terkantoi.

"Eh awak. Apa dah nama awak?"

"Erk. Najah"

"Owh, Wan Nur Najah Nabilah kan? Awak dah ada liqa'?"

Waduh, gimana nie. Terpaksalah dia berbisik dengan senior dia dengan menyatakan kebenaran. Eceh.
Terkejut juga dia yang senior itu mengingati nama penuh nya. Kerna jarang orang yang akan mengingati nama penuhnya. Terasa terharu pun ada. huhu.

*sekian sudah tamat kerna malas nak bercerita panjang*



*****
Hahaha, maaflah kerna gaya penceritaan yang agak keboringan. Dua point je sebenarnya aku nak cakap kat situ. Pertama, aku malu sebab pakai seluar jeans masuk USIM. Kedua, aku terharu dan teruja orang mengingati aku malah mengingati nama penuh aku.

Walaupun agak lawak, tapi memang lawak.

Sekian.
Selamat beribadah. Selamat berpuasa sempena hari wuquf.
Selamat menambahbaik amalan pahala kita.

You Might Also Like

1 comments

  1. haha.boleh bayang doh gano sep usim tengok-tengok :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

Flickr Images