Pesanan Bukan Dariku

4:54 PM


Bismillah,
Assalamualaikum.

Tetibe saya rasa nak sharekan apa yang telah saya dapat dari satu buku yang saya kira agak menarik. Yang pasti ini bukanlah bedah buku tapi cedok sedikit ilmu yang menarik untuk perkongsian kita bersama. Apa yang nak saya kongsikan ialah suatu nasihat daripada Dr Raghib kepada PEMUDA PEMUDI islam yang kian parah pada abad ini. Nasihat ini dihulurkan dek kekecewaan yang melanda kerana pemuda pemudi islam sekarang tidak menepati piawaian sebenar seorang pemuda pemudi Muslim sejati.

Maka bertitik tolak dari situ, 10 nasihat ini saya kira paling SENTAP buat renungan kita bersama dan INSHA ALLAH ianya mampu menjadi solusi terbaik buat kita yang menghidap penyakit sebegini.

1- TINGGALKAN PERBUATAN DOSA DAN MAKSIAT SEKARANG JUGA

"Wahai anakku, Barangkali perkara dahsyat yang berlaku kepada generasi muda dan umat Islam ialah larut dalam kubangan maksiat. Maksiat adalah adalah jauh lebih berbahaya daripada binatang buas. Jika maksiat sudah memenuhi hati, maka ia akan membuatkan jiwa kita gelap dan sukar menerima respon positif yang berlaku dari luar diri. Jika dinasihati, kita sukar untuk menerima. Jika kita membaca quran, sukar sekali untuk kita khusyuk dan mentadabbur maknanya.

Anakku, orang yang melakukan maksiat juga tidak akan mampu untuk memberikan komitmen dalam perjuangan di jalan Allah ini. Seperti pesan Saidina Umaral-Khattab kepada angkatan tentera islam, ketika mana mereka mahu berangkat ke medan perang.

" Jangan sesekali kalian berbuat maksiat, sedangkan kalian berjuang di jalan Allah"

-Dr. Raghib Sirjani

2 - KENALILAH AGAMAMU

"Wahai anakku, bagaimana mungkin anda ingin menunjukkan komitmen terhadap islam sedangkan anda sendiri tidak mengenalinya? Bagaimana anda akan berpegang teguh kepada sunnah, ajaran dan manhaj hidup islam sedangkan anda sendiri tidak mengetahui asal usulnya?

Justeru, jangan pernah berhenti belajar agama! Kerana cabaran serangan pemikiran sangat dahsyat sedang berlaku sekarang ini. Adalah menjadi kewajiban kita untuk membekali diri sebanyak banyaknya dengan ilmu agama, supaya nanti setiap serangan yang hadir kita mampu untuk menangkis dengan bergaya." - Dr. Raghib Sirjani

3 - TAMBATKANLAH HATIMU DENGAN MASJID

"Wahai anakku, sesungguhnya orang yang hatinya terpaut dan cinta akan masjid, sebenarnya ia telah berhasil membina stamina keimanannya kepada Allah.

Seperti fimanNya :

'Hanyalah orang yang memakmurkan masjid masjid Allah ialah orang beriman kepada Allah dan hari kemudian.' (at-Taubah 9:18)

4 - JADILAH PEMUDA YANG CEMERLANG

"Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini boleh dibahagikan kepada dua. Negara yang maju dan negara yang mundur. Indikator yang menjadi ukuran dalam membuat penilaian adalah bidang keilmuan dan penciptaan. Sungguh ! Adalah sangat tidak masuk akal, umat yang sistem kehidupannya bermula dengan kalimah 'Bacalah' menjadi umat yang paling mundur dan terkebelakang daripada disiplin ilmu.

'Musibah terbesar umat ini, adalah apabila mana pemuda hanya menganggap agama hanya ada di masjid' - Dr. Amr Khaled "

5 - SAMBUNGKAN TALI SILATURRAHIM

"Wahai anakku, eratkanlah kembali hubunganmu dengan ibu bapa, kaum keluarga, serta sanak saudara. Perpaduan ummat pada masa kini tidak dapat dicapai melainkan dengan bermula daripada yang asas iaitu institusi keluarga.

6 - BERHATI HATILAH MEMILIH TEMAN

"Wahai anakku, meskipun stamina keimananmu terasa sudah mantap, tetapi jika engkau bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, hal tersebut akan mengembalikan kondisimu ke titik permulaan atau bisa menjerumus ke titik yang paling rendah. Jangan sesekali engkau berkata :

'Saya akan menjada diri dan saya tidak akan terpengaruh dengan mereka. Sesekali jangan engkau katakan begitu. Kerana sesungguhnya akhlak, agama dan tabiat seseorang serupa atau diukur dengan agama dan tabiat temannya'

7 - PEDULI TERHADAP REALITI YANG MENIMPA UMAT ISLAM

"Wahai anakku, amatlah mustahil untuk anda mengubah nasib ummat ini, melainkan anda mengetahui dengan sebenar-benarnya masalah yang berlaku terhadap ummat ini.Maka, disiplinkan diri pada setiap hari untuk membaca berita berita dunia. Membaca situasi politik, terutamanya di negara timur tengah dan negara umat islam keseluruhannya.

Mengambil tahu perkembangan ekonomi dunia. Ingat! Tarbiyah kita adalah tarbiyah pejuang. Bukan tarbiyah manja manja, apatah lagi tarbiyah buih sabun. Justeru, hanya dengan mengetahui dengan benar kondisi sebenar ummat islam, barulah keperibadian muslim yang sempurna akan terbentuk agar ummat ini dapat berdiri dengan kukuh dan kuat."

8 - JADILAH OLAHRAGAWAN

"Wahai anakku, badanmu harus sihat, cergas dan kuat!Pilihlah aktiviti sukan yang bermanfaat. Yang benar-benar memberi manfaat buat dirimu dan ummatmu!Tetapi ingat! Jangan sampai dirimu lalai dan leka dengannya, sehingga mengabaikan waktumu untuk ummatmu."

9 - AJAKLAH ORANG LAIN

"Wahai anakku, siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata,

'Sesungguhnya aku termasuk orang orang yang menyerah diri?' (al fushilat 41:33)

Dan janganlah menjadi manusia yang syok sendiri dengan tarbiyah. Tampaknya gah tapi bila dijentik oleh mereka yang tidak tahu terus jatuh tersungkur."

10 - URUSKANLAH WAKTUMU DENGAN BAIK!

"Wahai anakku, gunakanlah waktu lapangmu dengan sebaiknya kerana pengangguran itu adalah penyakit dan kesibukan itulah ubatnya. Seperti air yang diam menghanyutkan, menenggelamkan, mematikan, menjadi sarang nyamuk, membusuk, memburuk dan menimbulkan penyakit. Siapa pun orangnya, selama dia menganggur di rumahnya, dia tidak akan terlepas dari kemungkaran. Manfaatkan masamu dengan sebaiknya untuk dirimu dikemudian hari dan untuk ummatmu."

"Kehidupan ini cuma tiga detik; sedetik yang berlalu tidak dapat kita ubah lagi, sedetik yang sedang berlalui ini manfaatkan sebaiknya dan sedetik yang akan tiba pasti kita temui." - Imam Ghazali

Sekian,
Semoga bermanfaat

You Might Also Like

4 comments

  1. Entry yang hebat! Moga2 ini akan memberi manfaat buat setiap insan :) anyway, how can i contact w you? Would u give ur email? Saya ada request :) (kalau x keberatan)

    ReplyDelete
  2. Thanks atas perkongsian.. memang tengah nk cari buku ni dan lagi satu karya dia Usrah ini semua poyo kot kalau tak silap.. tapi tak jumpa lak dekat bookstore dekat2 dgn rumah aku..
    Semoga dapat mengamalkan 10 nasihat tersebut inshaaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa.. Tgh mencari jgk nie. Sbbnya tgh mnunggu ke kedai buku, selalu tak smpat

      Delete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

Flickr Images