KISAHSIAPA #2 : HADIAH

2:00 PM


Bismillah,
Assalamualaikum

Entry ini bukanlah bererti aku mnginginkan hadiah tetapi ingin berkongsi cara mengeratkan perhubungan antara kita dan mereka.

Dari ‘Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah hadiah diantara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan. [HR Muwatta’ Imam Malik]

Mungkin tiada cerpen dalam entry ini karna aku tiada idea untuk diperah dan disalurkan.
Tapi percayalah cara memberi hadiah ini mampu melahirkan rasa kasih sayang sesama kita. Walaupun tak semua yang suka pada hadiah tapi bukan bererti kita tidak perlu beri kepada mereka. 

Beri sahajalah. Dan senyum

Berilah dengan ketinggian akhlak. Bukan memberi dengan keburukan perangai.

Janganlah rasa rugi dalam memberi. Beri sekadar mampu. Tak rugi pun sebab kita akan temui kebahagiaan kelak.

Kekadang kebahagiaan mungkin sampai lambat, tapi teruskan memberi dengan sabar.
Beri pada manusia dan beri kepada Pencipta.

Selamat memberi hadiah.
Semoga hidup terus bahagia. 

You Might Also Like

4 comments

  1. syukran atas perkongsian tu.. (Y) :)

    ReplyDelete
  2. memberi dgn ikhlas, jangan biarkan diri kita menanti balasan. ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kunci utama dlm memberi ialah keikhlasan

      Delete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR