Kekalkan Perpaduan

12:54 PM


Bismillah,
Assalamualaikum

Perpaduan. Sering kita dengar terutamanya ketika ulang tahun kemerdekaan negara. Mungkin semua dah lali dengan perkataan ini. Lebih lebih lagi subjek bahasa melayu selalu kena buat karangan mengenai perpaduan.

Ya, ramai yang tahu dan fasih maknanya tapi tak ramai yang mampu melakukannya. Kita masih lagi pentingkan diri sendiri, pentingkan kaum bangsa kita sahaja, pentingkan negara kita dan pentingkan yang berkaitan dengan kita sahaja. Jika berlaku sesuatu ke atas kepentingan kita, mula kita berharap mereka yang lain turut bersama menghadapi menyelesaikannya. Tapi andai berlaku ke atas kepentingan yang bukan kita, terus lepas tangan. Malah mungkin saje tidak tahu langsung apa apa.

Sebagai contoh, jika suatu kes berlaku di negara kita. Mula kita meraih simpati dari negara lain. Berharap agar mereka membantu dan memahami kita. Tapi jika kes itu berlaku di negara lain, kita terus buat endah tak endah. Sedangkan kenapa boleh terjadi begitu?

Contoh lain, jika terjadi sesuatu yang melibatkan bangsa atau kaum kita, kita hebahkan pada kaum bangsa lain agar mereka menolong dan mengetahui apa yang terjadi. Tapi jika berlaku pada bangsa kaum lain, terus kita abaikan. Malah ada yang melihat sebelah mata, mungkin ada yang memandang sinis.

Apakah yang sedang berlaku? Bukan untuk mempromosikan Satu Malaysia, tapi perpaduan itu satu pengukuhan. Kita berlagak kononnya kita prihatin pada yang lain. Sebaliknya yang berlaku, kita ibarat memaksa mereka yang lain bersama kita hadapi cabaran tapi kita meninggalkan yang lain saat mereka memerlukan kita. Fikir balik dan renungkan balik.

Adakah kita tergolong dalam golongan yang pentingkan diri itu? atau kita tergolong dalam perkasa perpaduan?

Semoga Allah terus memberi petunjuk hidayah kepada kita
Semoga Allah terus merahmati kita

Tulisan ini hanyalah pendapat dari seorang marhaen biasa. Bukan untuk mengkritik sesiapa ataupun mengutuk tapi untuk peringatan diri ini juga.


You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News