Hampir Buntu.

12:08 PM



Bismillah,
Assalamualaikum :)

Kita masih berbaki 3 hari sebelum hari kemerdekaan. Masih berbaki 3 minggu sebelum final exam. Masih bersisa kurang seminggu sebelum presentation kepada semua assignment aku. Hampir sahaja mahu mengeluh panjang.

Semua ini berlaku kerna sifat lengah melengah aku, endah tak endah dan selamba badak aku. Eh.
Kalau semua assignment dan tugasan yang diberi aku melakukannya dengan segera tentu tak der tertekan sampai sebegini rupa. Aku terfikir kata kata senior yang kononnya first year first sem tak busy sangat. Sedangkan hakikatnya ia sungguh sibuk dan menyibukkan.

Bila diri dah tertekan mulalaa rasa nak futur dalam semua hal. Mula laa tu rasa down pada semua perkara. Produktiviti pun dah mula susut. Macam orang pemalas tahap hibernasi. Erk. Haha. Nak cerita sikit. Aku ada seorang kawan yang dikatakan agak rapat dengan aku. Boleh dikatakan dia ni cantik, baik, miliki hati yang lembut walaupun dia kata dianya kasar. KONONNYA. haha. Makcik hidayah pun suka datang melawat dia. Tapi dia ada suatu masalah yang agak besar. Masalah ini melibatkan hatinya. Hatinya sudah dicuri orang. Bila kata curi tentulah hal tu haramkan? Tak diiktiraf sebagai halal pun. Bila jadi begitu, aku pun rasa tak selesa. Barangkali kecewa dan sedih. Aku pun berkeputusan untuk membantu dirinya dalam masa yang sama menegur diriku agar sentiasa berhati hati semasa berada di dunia ini.

Lalu aku pun berkongsi nasihat dengan dia. Hampir dikatakan setiap hari. Bukan setakat nasihat yang lembut tapi juga nasihat yang keras. *sebab mulut ni lantang sangat T.T, sedih jugak ada mulut begini* Sampai satu tahap aku ada juga berkongsi nasihat dengan si pencuri hatinya itu. Hal ini berlaku hingga kawan aku mula stress dengan aku. Dah serabut dengan kalamku. Dah tertekan dengan tekanan yang di tekankan pada nya. Aku pun kesian juga melihat situasi dirinya. Saat rasa kesian itu datang, syaitan mula membisik suruh aku futur dalam tanggungjawab aku sebagai kawan. Almaklumlah aku hanya melakukan hal lahiriah jee tanpa rohaniah jadinya hatiku pun sedikit demi sedikit mula berbolak balik. Gara gara aku lupa tentang sesuatu yang penting, gara aku aku terlupa untuk mendoakannya, gara aku terlupa untuk bertawakal pada Nya maka aku mudah sekali untuk jatuh dan futur.

Kemudian, mujurlah makcik hidayah datang melawat aku dan membisikkan padaku supaya bertanya pada mereka yang lebih mahir atau berdiskusi dengan sesiapa sahaja yang aku percayai dan lebih ilmu. Akupun hantarlah beberapa pesanan kepada beberapa orang nie menggunakan medium waksep dan wecet. Maklum balas yang aku terima menjurus kepada kesedaran diri aku. Mengingatkan aku kepada aku yang aku tercicir. Diskusi dengan mereka juga membangkitkan kembali semangat kobar aku. Aku kurangkan sedikit nasihatku pada kawan aku tu. Tapi walaupun hal itu berkurang, dia tetap stress dan serabut juga dengan kalam dari aku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk berlagak seperti futur padanya. Bimbang juga takut terFutur tanpa aku sedar dengan futur real tapi aku perlu menggunakan taktik tu kerana aku taknak memberi tekanan padanya. Lebih lebih lagi dia nak study untuk final exam. Aku perlu berhidden dalam menolong aku dan dirinya.

Haha. Aku tak der lah perfect sangat pun tapi serius, aku takut bila Allah tanya aku, aku tak boleh jawab. Sumpah takut. Sebab tulah aku cuba membantu meskipun diri nie banyak teramat kekurangan yang perlu ditopup. Kang mati tetibe tanpa ada tindakan dari aku. Yelah, kita tak tahu kita mati bila. Kalau nak tunggu kita sempurna dan cukup ilmu dulu baru ada tindakan gamatnya mati dulu sebelum masa yang dirancang camne? tak ke takut jugak. Tapi janganlah sampai tindakan itu tindakan bodoh. Bertindaklah dengan bijaksana juga walaupun kurang.

Semoga kita semua dirahmati Allah.
Semoga kita semua sentiasa dikurniakan hidayah dari Allah.

Sekian

You Might Also Like

1 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News