Aku dan Diriku

10:07 PM


Bismillah,
Assalamualaikum.

Sejujurnya aku bukan seorang kaki blogger tegar. Cuma mungkin aku dah lama bergiat dalam dunia blog. Kalau tak silap aku dah 8 tahun aku berblog. Dan tempoh 8 tahun itu tidaklah cukup untuk mengatakan aku ini seorang blogger tegar, lebih sesuai aku hanya mendapat gelaran blogger pemalas yang pelik. Erk?

Hahaha..

Eh, macam hambar je gelak. Baiklah, kita lurus ke titik (baca : straight to the point) aku menuliskan entry semata untuk melihat jauh ke dasar diri. Mengenai aku dan diriku. Dalam dunia ini, kita semua akan menempuh pelbagai cubaan dan halangan yang berbeza berdasarkan kemampuan diri masing masing. Kita juga akan berjumpa dengan karenah manusia yang pelbagai corak. Lalu bermacam coretan kisah perjalanan hidup yang telah kita lorekkan sepanjang bertahun tahun hidupnya kita di Bumi Allah ini.

Kisah aku tidak sama dengan kisah kamu semua. Tapi kita berkongsi satu peralihan masa yang sama, menjadikan kisah kita mempunyai suatu perkaitan antara lain. Itulah yang menjadikan kisah kita lengkap. Adanya satu sama lain untuk melengkapi kisah yang lain.

Ini kisah aku dan diri aku. Meski pun ada pertalian dengan kisah yang lain tapi aku tegaskan ini kisahku. Eh.
Sebenarnya aku terfikir yang selama mana kita mengenali seseorang itu, kita mungkin tidak mengenali mereka. Atau mungkin prasangka aku sahaja. Terlintas begitu kerna aku rasa ada mereka yang senyum depan kita tapi bersedih di dalam. Ada yang masih berpura pura depan, tidak menonjolkan perangai sebenarnya.

Ambil contoh aku, aku bukanlah jenis yang suka berceritakan hal peribadi aku pada orang lain walaupun aku suka bercerita. Dan bukanlah sifat aku untuk membuka semua kisah ku pada umum meskipun pada kawan aku sendiri. Aku lebih rela merahsiakan. Bagiku tiada yang istimewa, malah mungkin aku yang tidak ingin kisah ku diketahui umum. Tapi aku tidak kata yang semua orang begitu. Yang jenis aku katakan ini hanyalah segelintir sahaja.

Sepatutnya aku perlu ingat bahawa
"Allah itu lebih dekat dengan hambaNya lebih dari urat lehernya sendiri" 50 : 16

Tiada yang dapat mengenali kita sedalam dalamnya, sekenal kenalnya melainkan Allah pencipta kita sendiri. Maka jangan bersedih hati andai merasakan tiada siapa yang memahami kita.

Sekian


You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News