Persediaan

10:13 AM


Bismillah
Assalamualaikum

Petang nie aku ada kuiz untuk subjek Computer Organizing pukul 5 . Dan aku tak pasti samada aku berusaha atas usaha aku? Haha.
Semoga terus asa .

Dalam entry kali ini, mungkin bercorakkan kata hati yang berpelbagaian.
Jujur aku katakan, yang aku sedang mempersiapkan diri aku .
Mungkin ada yang bertanya
"Untuk apa?", "kerana apa?", "kenapa?"

Ada kakak kakak yang berkonferens riang bertanya padaku .
"Najah, awak dah bersedia untuk ditarbiyyah?"

Dan jawapan aku berdasarkan ayat ini

surah al baqarah : 208

Apa yang aku dapat tadabbur dari ayat ini ialah Allah menyuruh kita untuk MASUK ke dalam islam secara keseluruhan. Tidaklah sebahagian mahupun suku suku.
Secara keseluruhannya bererti mengikuti segala yang telah dikatakanNya. Membentukkan diri kita berasaskan acuan yang disediakanNya. Melakukan apa yang diperintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.

Kita tidak akan dapat memasuki secara keseluruhan tanpa bantuan bantuan .
Ya, bantuan . Bantuan yang akan membantu kita melangkah masuk dan menyerahkan diri kepada Allah.
Bantuan dari Makcik Hidayah .
Bantuan dari Pakcik Tarbiyyah .
Bantuan dari Inche Iman .
Bantuan dari Mr. Taqwa .
malah pelbagai lagi bantuan bantuan dari mereka yang sudi membantu secara percuma .
Mereka pastinya dihantar oleh Dia untuk menolong dan membimbing kita. Maha suci Allah .

Untuk melengkapkan diri aku, aku juga bersedia untuk memberi bantuan kepada mereka yang lain.
Untuk sama sama kita bertatih atau mungkin berlari dalam melengkapkan diri di dalam islam.

Aku kini sedang cuba menyingkir nilai jahiliyyah dalam diri aku. itu tentunya sukar tapi tidaklah sesukar aku merapatkan diri dalam islam . Bila aku mengenang balik diri aku yang dulu, menangis aku dibuatnya. Malu pun ada. Betapa ruginya aku. Sekarang aku tidak mahu mengulangi hal yang sama. Setiap detik akan ku manfaat untuk jalanNya kerna Nya.

Aku tidaklah kata yang aku nie alim apatah lagi sempurna. Tapi sebolehnya diri aku ini akan aku wakafkan untuk Allah. kerna aku tiada apa apa di dunia. kerna semua ini hanya pinjaman Nya untuk kita. kerna aku tidak ingin rugi di kemudian hari. KERNA AKU TAKUTKAN AZABNYA.
dan kerna itu aku persiapkan diri aku untuk ummah untuk islam. Allahu rabbi
Doakan aku untuk terus tsabat dalam perjuangan ini.

Sekian
Semoga Allah menjauhi kita dari sifat futur (putus asa) .
Semoga Allah membantu kita menghindari sifat mereka yang munafiq .
Semoga Allah membimbing kita semakin mendekatkan diri padaNya.

You Might Also Like

2 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

Flickr Images