Berjalan Melihat

11:06 PM


Bismillah
Assalamualaikum

Entry ini sekadar untuk menzahirkan rasa dan pandangan di hati.
Hari nie aku keluar jejalan dengan sahabat aku, niena ke Plaza Low Yatt. Tujuan utama adalah untuk membeli modem router supaya kami satu rumah dapat menggunakan secara wifi. Taklah nanti perlu berkongsi wayar LAN internet. Seharian suntuk kami keluar. Dari Plaza Low Yatt ke Berjaya Times Square dan seterusnya ke Midvalley MegaMall sebelum pulang ke UNITEN.

Dalam perjalanan itu, pelbagai ragam yang aku temukan. Untuk aku ceritakan satu persatu ragam manusia, sama sekali tidak. Jenuh den.

Pertama kali dalam hidup aku, aku berselisih dengan sekumpulan black metal. Selalunya aku lihat dari jauh. Samada dari dalam kereta atau siaran televisyen. Masa tu sangat menakutkan aku. Umpama aku bertemu dengan seekor anjing liar. eh perumpamaan yang berlebihan
Tapi itulah perasaan aku ketika itu, terbayang bayang aksi ganas kumpulan itu dalam siaran televisyen yang pernah aku tonton. Mujur ada Niena. Dia suruh aku buat biasa dan berlagak tenang. *biarpun dia yang takut terlebih*

Malah lagak mereka yang aku tonton di siaran tv juga turut aku temui. Lagak rakyat yang melakukan apa untuk isian perut dan nafsu. Lagak kasihan mereka berpakaian yang bagiku berebut rebut mencuba mengikut arus fesyen terkini.

Sungguh

Aku sedih. Batinku berlagu hampa.
Hati terasa kecewa. Tak pasti kecewa pada diri sendiri atau orang lain.

Ketika itu, aku hanya mampu beristighfar dan mendoakan agar mereka diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Aku yakin akan kuasa doa. Aku yakin dengan Allah. Malah aku juga yakin dengan doa yang tidak diketahui saudaranya merupakan doa makbul.
Aku tak sanggup melihat situasi sebegini. Suasana kelam. Mereka terkejar kejar ke situ dan sini sedang
tidak mendatangkan hasil lumayan untuk mereka. Mereka terhegeh hegeh mencapai standard sezaman tanpa sedar itu hanyalah sia sia.
Solat. Wallahu'alam. Jauh sekali untuk aku menduganya. Namun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga Allah menjaga mereka dan diri ini.

Arus ini sentiasa deras. Berombak bagaikan ingin memecahkan kapal keimanan dan ketaqwaan. Itu sama sekali tidak akan berhasil. Tambahan pula jika kapal itu lengkap dengan teknologi ilmu pengetahuan. InshaAllah selamat belayar kapal itu mengharungi arus dan ombak jahat itu.


"Katakanlah (wahai Muhammad) : Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikan bagaimana buruknya kesudahan orang orang yang berdosa itu"

Untuk mengembalikan kemakmuran, kemashalatan islam , menjadi tanggungjawab para daie dan mukmin untuk menyampaikan ilmu mereka kepada muslim yang lain. Perlu jelajah ke seluruh tempat untuk berdakwah dan mentarbiyyah. Mungkin saja ke tempat yang hati berbisik kotor keji. Kerna jika mereka tidak mampu melangkah ke tempat kita maka kita yang perlu menjejak mereka di tempat mereka. Agar mereka turut merasai keindahan sorga Allah dan rasa bersyukur di atas menyesal dengan kehidupan sehari mereka. 

Aku tentunya tidak sempurna. Apatah lagi memiliki banyak ilmu. Semestinya hanya secupit. Untuk ke sorgaNya belum tentu dapat menjangkau kaki tapi ke nerakaNya jauh sekali tidak terdetik di lintasan hati atau minda. Tapi aku tak sanggup melihatkan mereka menyesal kelak atas pengamalan sehari mereka yang mana sikitnya manfaat berbanding banyaknya lagha yang dilakukan. MashaAllah

Sekian.
Allahu rabbi. Allahu Akbar
Semoga Allah merahmati kita.
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita.
Semoga Allah membimbing kita ke jalan lurusNya.
Semoga kita tergolongan dalam golongan yang berjaya dan bersyukur.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

Flickr Images