I LOVE YOU, UMI !

5:06 PM



Bismillah
Assalamualaikum

Bulan Mei selalu dikaitkan dengan suatu tarikh penting. Tarikh yang kononnya menjadi tarikh keramat kepada mereka yang menggelar diri mereka sebagai anak. Di mana pada hari tersebut kita digalakkan untuk menghargai jasa seorang manusia yang telah berlelah dan bermatian melahirkan kita. Tarikh istimewa itu ialah Hari Ibu dan dia yang dimaksudkan ialah ibu kita.

Dan sebenarnya menghargai ibu bukanlah terhad pada suatu masa semata tapi haruslah berpanjangan dan berterusan. Sebagaimana ibu yang menjaga kita sepanjang masa sehingga dia "pergi" begitulah jua kita yang wajib menjaganya sehingga kita "pergi"
*tak termasuk dalam kes ibu yang membuang anaknya atau yang zalim dan kejam*

Dalam post nie aku bukan lah ingin memberi apa apa perkongsian bersempena hari ibu, malah jauh sekali untuk memberi input tentang cara cara atau tips tips. Hanyalah sekadar ingin meluahkan serba sedikit tentang rasa di hati ini.

*****
Umi,

Terima kasih kerna melahirkan Jah.
Terima kasih kerna mentarbiyyah diri ini.
Terima kasih kerna memahami diri ini.
Terima kasih kerna menjadi penguat semangat kala lemah.
Terima kasih kerna berpenat lelah semata untuk kejayaan dunia akhirat mampu dicapai oleh diri ini.
Terima kasih kerna tabah menghadapi karenah diri ini dan yang lain.
Terima kasih kerna menceriakan keluarga ini
Terima kasih kerna marah dan rotan
Terima kasih kerna menghabiskan makanan yang diri ini dan yang lain tak suka/tak makan
Terima kasih kerna bersabar
Terima kasih kerna memberi contoh yang terbaik
Terima kasih kerna mendorong diri ini untuk terus berkhidmat untuk Dia
Terima kasih kerna menyokong cita cita diri ini
Terima kasih dan Terima kasih

Setiap deras dengupan jantungku engkau mampu merasainya,
diri ini asalnya dari dirimu.
Semoga Allah merahmatimu.

*apa yang tersirat di hati untuk umi, tak mampu jah nukil kan, karang kan. Hanya Allah yang mengetahuinya*
*****

Sebenarnya pos ini bukanlah seperti ini. tapi aku olah balik kerna bukanlah semua itu untuk diluahkan.


Sekian.


You Might Also Like

1 comments

  1. Karya agung buat si umi.....^_^
    Sejuk perut umi bace ye

    ReplyDelete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR