Dalaman Yang BARU

12:02 AM


Assalamualaikum,

Hari ni sungguh memberi IMPAK yang besar kepada aku.
Tadi tengah hari aku install laa software baru untuk fon aku memandangkan fon itu perlu diupdate. Then aku pun mulalaa mengUPDATEnya. Padahal dalam hati pelik sebab hari tu dah update tapi still dapat noti suruh update software yang latest. Dia ada cakap yang perlu backup, sync contact sebelum update but memandang dalam internal memory fon aku memang x der pape aku pun terusla tekan butan start UPDATE.
Lagipun contact aku kesemuanya aku save dalam gmail aku, so aku fikir takkan menjejaskan..

Seusai je update, aku pun restart fon, and alangkah terkejutnya aku yang dalaman fon aku ibarat aku beli fon baru. Semua apps yang aku download, semuanya HILANG. Contact aku pun hilang meskipun aku dah banyak kali tekan butan import dari gmail aku..

AAarrrrrrghhhhhhh !!!!!!!

Dan bila aku nak masukkan balik contact tu, rasa malas mula menguasai dan bertampak kukuh di jiwa. YAng paling menyedihkan bila ada beberapa contact aku hilang terus dari simpanan fon aku kedua-keduanya *aku ada dua fon memandangkan aku mengguna dua nombor*
Hurmm... Aku harap orang yang nombor dia dah lupus dari simpanan aku akan contact aku sebab aku tak tahu nak amik kat mana. Nak minta dengan dia, dah jarang jumpa dia.

Bila difikirkan balik, aku rasa seperti Allah ingin menegurku. Mungkin Allah mahu aku membersihkan jiwaku sebagaimana dalaman fon aku yang telah bersih. Melepaskan segala yang kononnya disayangi namun sebenarnya membebankan. Macam fon aku yang telah banyak menyingkirkan apps yang memberatkan dirinya dimana kini fon aku banyak space storage. Setiap yang terjadi ada yang tersirat, setiap yang tersirat dan tersurat ada hikmahnya.

Semoga aku terus ISTIQAMAH dalam jalan dakwah ini.
Semoga kita terus menjadi yang TERBAIK.
Selamat bermuhasabah diri.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR