Akhirnya ku ketahui

11:28 PM

Assalamualaikum :)

Huhu.. Entry pertama dalam bulan Mac 2014.
Semalam aku ada bengkel fasilitator untuk PERTANDINGAN DeTTHA 2014 yang bakal berlangsung pada hari jumaat 7 Mac.. Bengkel tu habis petang dalam pukul 6.30 gitu.
Kebetulan hari rabu malam aku juga ada usrah Gabungan pada pukul 8 lebih. (Err.. sebenarnya bukan kebetulan sangat. hoho)
But ALHAMDULILLAH karna Allah menguatkan tubuh ku untuk menghadiri kesemua agenda yang aku perlu pergi.

Sejujurnya, malam tu aku macam tak der mood sangat untuk dengar apa-apa. Tapi bila ustaz tu mula buka mulut bercerita buat aku jadi segar dan mengembalikan mood malah mata aku jadi tidak mengantuk.
Lebih-lebih lagi topik yang dibawanya sungguh menarik.

"Sejarah awal penubuhan gerakan-gerakan islam dan harakah islam di Malaysia"

Ustaz tu telah berkongsi banyak ilmu malah memberi aku pencerahan tentang gerakan-gerakan ini. Apa yang aku nak tahu dan tak tahu sebelum nie, turut disampaikan olehnya.
Tapi yang paling menyedihkan aku bila time nak tanya soalan tuu.. Aku nak tanya soalan tapi tak tahu nak tanya ape. Lepas habis program tu baru aku terlintas ape soalan tu.. WUAAAAA!!!!

Terima kasih ustaz atas segala ilmu yang dicurahkan..
Terima kasih Allah kerna memberi aku pencerahan.

Semoga aku bisa memilih dengan baik.
Selamat membuat keputusan dan Teruskan mencari kebenaran.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

Flickr Images