Kasih SOULMATE

12:01 AM

Assalamualaikum :)

Malam yang panas. Rutin Harian yang diulang ulang. Kelapangan memanjang. 
Dan
Sendirian melampau.

Sejak aku ditimpa stress pada semester 2 yang lepas, sampai sekarang rasa sendirian dan keseorangan menemani diriku. Well, im being MRS.Lonely.
Rasa ini bukan seperti yang tiada kawan langsung tapi memiliki kawan sekeliling namun masih merasa sendirian. *teruk bukan? kata berukhuwwah, tapi masih sunyi*


Ya, jujur aku katakan yang aku mengimpikan sahabat seperti ini. Dahlah lama aku mencari. Namun sukar untuk aku menjumpai. Mungkin susah kerna aku sendiri tidak MENJADI seperti yang aku kehendaki. 
Apa yang aku impikan hanyalah seseorang sahabat yang mengambil berat pasal ku, menyayangiku, mendengar luahan jiwaku tanpa ada rasa ragu dan memberiku kata-kata.

WHAT YOU GIVE YOU GET BACK !

Dan hanya dua janji yang ingin aku paterikan bersamanya.
Tariklah tangan ku kembali agar tubuh bisa berdiri dan berjalan seiring dengan langkahmu menujuNya meski aku telah jatuh ke dasar lautan dosa.
Kenanglah daku dalam doanya meski dia telah ke syurga.



Bila aku fikirkan hal ini, aku akan rasa sebak sangat. Rasa sesuatu bebanan dalam dada yang masih belum terlepas. Sungguh, aku sangat mengimpikannya. Menunggu kehadiran dia biarpun harus melangkah beribu batu lagi.
Serius, aku sangat jeles dan cemburu melihat mereka yang telah menemui soulmate masing masing. 
Semoga berbahagia :)


Sendirian.
Buat aku terfikir betapa Allah ingin mendengar luahanku padaNya karna itu Dia memberiku peluang.
Dia mahukan aku untuk perbanyakkan lagi doaku padaNya.
Agar aku lebih menyayangi dan lebih mengasihi orang terlebih dahulu sebelum aku merasai semua itu.
Allah mahu berikan aku yang terbaik.
Apakah masih tidak cukup Dia disisimu, Najah?

Buat aku sedar yang aku tidak perlukan manusia untuk mendengar segala rintihanku.
*sejujurnya aku sukar untuk memberikan rahsiaku untuk orang lain meski aku suka bercerita*
Dia lebih memahamiku. Dia lebih dekat denganku. Dia lebih PENGASIH lagi PENYAYANG.
Dia mendengar segalanya coretan hatiku. Dia membantu kala aku susah maupun senang.
Dia sentiasa ada untukku. Dia memberi segala yang aku perlukan.
Dia lah DUNIAKU. Dialah Tuhanku.

Hayati dan tafsirlah sekelilingmu.
Teruskan melangkah dan belajar dari setiap langkahmu.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR