PILIHAN Mana?

11:20 PM


Assalamualaikum :)

Malam ini ku ceritakan pasal pilihan ku di universiti.
Pilihan ku tidaklah sedahsyat mana pilihan di dunia.
Namun pilihanku ini telah menyukarkan seorang hamba yang riang bernama Najah.

Sungguh, aku sendiri tak sangka yang aku harus memilih dengan cepat antara dua.
Ya, aku mungkin sudah ada jawapan dalam pemilihanku itu sejak dulu lagi.
Tapi, aku memang tidak menduga langsung secepat ini aku harus memilih.

Antara bulatan gembira dengan bulatan ceria.
Dua dua terbaik dan bagus.
Dua duanya mantap dengan hujah dan pengetahuan.
Tiada yang buruk meskipun yang lemah.
Karna itu aku SELESA dengan keduanya.

Dan, aku sentiasa berharap kedua bulatan ini mampu aku hadiri tanpa perlu menyingkirkan mana mana bulatan. Sentiasa berangan yang dua bulatan ini tidak akan bertembung kelak.
Apakan daya.

Itu hanya anganan ku yang langsung tidak akan mencecah bumi.
Hanya terangkat dan tergantung di awanan.
Sekarang, sering kali berlaku pertembungan antara dua bulatan itu.
Diman aku harus menghadiri samada 
BULATAN GEMBIRA
atau
BULATAN CERIA.
Sejujurnya, aku buntu.

Untuk pertama kalinya berlaku hal itu, aku telah memilih untuk ke bulatan ceria memandang itu pencantuman pertama ahli bulatan.
Namun....
Untuk kedua kalinya tentu aku AMAT BUNTU.
Ingin sahaja dilakukan ISTIKHARAH.
Dan aku akan terus memikirkan hingga tibanya hari pangkah silang itu.
Semoga pilihanku terbaik. Ku doakan agar tidak mengguris hati mana mana pihak. :")

Semoga Allah membantu ku.
Semoga aku membantu agamaNya.
Semoga aku bersamaNya suka dukaku.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR