Jalan ITU

11:10 PM


Assalamualaikum :]

Entry kali nie aku nak bercakap pasal satu perkara.
Mungkin tidak seberapa tapi sekadar perkongsian..
Ia mengenai jalan hidupku, kisah hidupku dan mereka
***
"so najah, awak dah bersedia jadi naqibah?"
"tak nak laa.."
"kenapa tak nak? bukan awak yang beriya iya nak jadi dulu?"
"saya rasa tak bersedia. saya masih tak sempurna. bagi kat orang lain jelah."
"kalau saya kata itu TANGGUNGJAWAB awak?"
"......"
***

tu merupakan sesi perbualan aku dengan mereka.
Ya, jujur aku katakan sejak aku mengenali usrah dan berada dalam usrah untuk suatu tempoh buat aku teringin untuk menjadi seorang NAQIBAH.
Sejak dulu, aku sentiasa bersemangat tiap kali tiba masa berusrah kerna aku tahu aku akan dapat input baru malah aku dapat ketenangan aku bersama ahli usrah.
Dan aku juga selalu berdoa supaya aku dapat jadi seorang naqibah kepada adik adik juniorku di sekolah menengah. *ceeehhh.. rasa malu plak*
Tapi Allah itu MAHA MENGETAHUI. Dia tahu aku masih kekurangan sesuatu. Dia mahukan aku meneruskan perjalanan ku. Mencari serpihan kekurangan dalam diri. Memperbaiki kejahilan diri.
Hingga aku menjejak kaki ke universiti. Alhamdulillah, aku masih dalam usrah.
BETUL, aku tetap manusia yang tidak sempurna meski aku merantau ke seluruh dunia.
Aku tetap dalam kekurangan meski aku menimba ilmu seluas dan sedalam lautan sekalipun.
Kerna aku berstatuskan HAMBA. Hamba kepada Dia yang MAHA SEMPURNA.

Dengan situasi aku yang tidak menentu sekarang buat aku menolak tawaran itu.
Emosi aku masih lemah. Ilmu aku masih cetek. Komunikasi aku masih hancur.
Pemikiran aku masih mentah. Peribadi aku masih hampa.


Tapi bila aku fikirkan balik. Semua itu hanya alasan. Kita tidak pernah mendapat apa-apa. Semua itu hanyalah PINJAMAN dari Allah kepada kita.
Mengapa perlu kita mempersoalkannya?
Mengapa perlu kita menjadikannya Alasan?
Mengapa kita bersangka itu semua bakal milik kita?

"Sungguh manusia itu dalam kerugian; kecuali mereka yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH dan mereka pula BERPESAN PESAN dengan KEBENARAN dengan SABAR." Surah Al 'Asr : 2-3


Segenap detik aku berfikir. Akhirnya aku akan bersetuju untuk menjadi NAQIBAH.
Bukan untuk kebanggaan. Bukan untuk kehebatan. Malah sama sekali bukan untuk diriku.
Aku lakukan ini untuk Dia. Dan untuk mereka.
Selagi jasadku bersatu dengan rohku, selagi itu akan aku manfaatkan segala yang dipinjamkan kepadaku untuk ke jalan Nya.
Apa gunanya ilmu yang aku ada jika tidak dikongsikan kepada mereka?
Apakah aku tergamak melihat akhirat kelak kita semua berpisah di syurga dan neraka?
Apakah aku berani untuk ego atas apa yang aku pinjam dari Dia?

Hidup ini bukan untuk kita tapi untuk kita-kita.


Jalan ini memberi pelajaran kepadaku. Memberiku hikmah untuk berfikir.

Semoga hidup ini diberkati dan dirahmatinya.
Semoga hati itu dan ini dibersihkan dari sifat-sifat mazmumah.
Semoga terus mengucapkan syukur keatas nikmat ini.
Sekian.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

Flickr Images