M E R E K A !

10:04 PM

Assalamualaikum :]



Heeehee. :D (tetibe gelak sebab hari nie rajin nak update blog)
Hurm, sebenarnya nak cerita tentang RASA yang ada di dalam hati nie.
Sejak masuk trimester 2 nie, diri rasa macam tak terurus kerna :
masa dirasa berlalu dengan pantas
pelajaran start lambat
Tambahan pulak assignment yang berlambak dan tarikh hantar dah dekat. Baru jer tahu macam mana nak buat dah nak kena hantar. Huh.
Dan rasa yang tak tenteram lebih parah sejak dua menjak nie..
Post nie pun dah lama dalam simpanan draft aku, masih tertangguh untuk dipostkan.
akhirnya pada malam last trimester 2 baru dapat aku publishkan.
Semua nie bermula bila aku meneroka dunia semakin luas dan bebanan atas apa yang aku timba itu paakk di atas bahu ku. Malah, persekitaran juga mengajar aku sesuatu yang penting.
Mungkin ketidaktenteram hati aku itu berpunca dari ujian untuk menjadikan diriku KUAT.
Tapi, tiapkali datangnya ujian itu, tiapkali itu aku tewas.
Dan bila tewas, saat untuk bangkit itu sukar hingga buat jiwaku gelora, serabut dan sebagainya.
Sebenarnya penawar untuk itu sudah ada depan aku..
Aku perlu menjaga hubungan dengan Allah supaya perhubungan kami jadi AWESOME.
Tanpa sedar juga, Dia ada menegurku, memberi petunjuk padaku dalam pelbagai bentuk medium.
Salah satunya sahabat2ku. Meski mereka tidak mengetahui kesulitan aku tapi kekadang apa yang mereka whatsapp aku, bicara denganku or tindak tanduk mereka memberi teguran secara tak langsung pada diriku.
Medium lain plak, mereka di sekelilingku, meski aku tak kenal mereka dan mereka tak kenal aku but kekadang kisah mereka memberi sesuatu padaku.
Erti kata lain semua permasalahan ini kembali kepadaNya.
Dia Maha Mengetahui segalanya.
Mengapa kita masih angkuh untuk tidak merujuk padaNya?
Sudah tidak cukup bongkah dan sombong kita menggunakan nikmatNya tanpa bersyukur padaNya, bila ditimpa masalah masih lupa akanNya?
Akhir kalam, janganlah menyendiri bila bermasalah.
Luahkan padaNya dulu sebelum meluahkan pada hambaNya.
Ingat, masalah itu dariNya dan akan kembali kepadaNya.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.
Semoga Allah memberkati setiap tindak tanduk kita.
Semoga diri terus bermanfaat pada orang lain..

jujur, aku tidak suka meluahkan pada orang lain karna aku tidak percaya kepada human being. Aku lebih memilih untuk meluahkan pada diri sendiri.






Mereka inilah yang bersamaku.
Menegur, menasihati, ketawa, menangis.
Semoga kalian tidak melupakan aku saat kalian menjejak kaki ke syurga kelak (:
Mengenali korang semua aku sedar akan suatu perkara.
Amal jamaie, kasih sayang dan sebagainya.
Buat aku mengenali dunia.
Bersabar dengan karenah.
Bagi hatiku merasa segala jenis rasa..
btw, its nice and sweet at the end
heee..





Selamat menjejaki kematian



You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

Broaden News




#BPT