~Indahnya hidup Ukhuwwah Fillah~

10:37 PM

Assalamualaikum!!!


Malam nie saya ingin berkongsi sikit tentang sesuatu yang manis :D
Ukhuwwah Fillah
Pernah tak korang dengar ayat tu?
Okay, mungkin ade yang pernah dengar and ade jugak yang tak pernah dengar.
Memandangkan ade yang x pernah dengar, saya akan terangkan serba sikit apa yang dimaksudkan dengan UKHUWWAH FILLAH.
Dua perkataan nie berasal dari bahasa arab yang dimana
Ukhuwwah means Persahabatan
Fillah means kerana Allah..
Sweetkan?

Mestilaa sweet, kerana ukhuwwah yang terjalin antara kita hanyalah kerana Allah..
Adakah sama persahabatan dengan ukhuwah?
Nampak sama tapi tak serupa.
Ini kerana ukhuwwah lebih menjaga hak2 kita sebagai sahabat dan ukhuwwah jugak lebih terasa hubungannya berbanding persahabatan.
Bile disebutkan ukhuwwah kerana Allah, lagilaa indah kerana kita menyayangi sahabat kita kerana Allah. Apa yang kita lakukan untuknya hanyalah kerana Allah malah kita turut akan mendoakan agar kita dan dia akan bersama menjejak kaki ke syurga sana.
Andainya semut tahu betapa manisnya ukhuwwah fillah tentu gula akan cemburu dengan ukhuwwah :D

Bila persahabatan yang dijalin kerana Allah, 
saat bertemu merasa bahagia malah saat berpisah tidak gelisah kerana yakin Allah akan menyatukan balik dua orang sahabat yang berjauhan.
Persahabatan itu juga akan menjadi lebih kukuh.
Pengorbanan yang dilakukan sungguh mengharukan malah langsung tidak sia-sia :D



So, niatlah yang korang bersahabat itu kerana Allah..
Ayuh kita semaikan ukhuwwah fillah antara kita.
Semoga persahabatan yang terjalin diberkati dan diredhai-Nya.
Bersama kita ke syurga kerna kita kawan bukan untuk sesaat atau sedetik tapi kita kawan untuk ke syurga untuk selama-lamanya.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

Flickr Images