~Solat BerJemaah~

11:48 PM

S A L A M !!

Malam nie tetibe rasa nak post something di kala housemate aku semua dah lena dibuai mimpi. Almaklum laa, time pagi aku tak kan online kesnye padat dengan jadual. Then banyak bende laa yang nak diuruskan time pagi or siang. So, malam jelah waktu yang sesuai untuk aku melayan perasaan aku dengan update entry, tweet and surfing internet. Nie pun aku letih sebenarnya.. *baru balik dari meeting untuk program IHTIFAL UNITEN 2013*

Okay, niat and motif aku taip entry. Jika korang baca tajuk entry nie, pasti korang dah biasa dengar kan? Korang anggap tu perkara biasa je and korang pasti think twice to read my entire post?
Tapi aku harap Allah gerakkan hati korang untuk baca post aku yang tak seberapa nie.
Dalam post kali nie, aku nak menyuarakan pendapat aku dan sedikit nasihat untuk semua muslimah dan muslimin di luar sana.


Solat Jemaah
Solat yang lebih baik daripada solat berseorangan. Solat yang dapat memberi ganjaran pahala sebanyak 27 nilai kepada muslim yang mengerjakannya.
Tapi
Mengapa hanya sikit yang ingin mengerjakannya?
Apakah diorang yang lain tak mengetahui akan kelebihan Solat berJemaah?
Adakah diorang lebih suka hidup bersendirian daripada hidup berjemaah?
Apakah masa diorang tidak mencukupi untuk melaksanakan solat berjemaah?

Semua  J A W A P A N  tu ada dalam diri kita. 
Tiada siapa mampu menjawabnya kecuali diri kita sendiri.
Sekarang nie ramai muslim yang prefer solat bersendirian daripada solat berjemaah.
Walhal solat berjemaah itu tidaklaa lama sangat. Tak der over sampai 30 minit. 
*Tapi tempoh masa solat berjemaah itu bergantung pada si imam laa..*
Kalau nak katakan kite x cukup masa, Allah dah bagi kite banyak masa. Sesibuk mane jadual kite seharian, x mungkin kita x boleh luangkan masa kita hanya 10 minit pada pencipta kita dengan solat berjemaah.
"Jika kita tiada masa untuk Allah, maka Allah akan tiada masa untuk kita kelak" 
Walaupun kite merasakan sama jelah solat sorang2 dengan solat berjemaah tpi kenyataannya amat berbeza.. *sori, saya malas nak terangkan perbezaannya sebab mengantuk nie :D*
Okay, mungkin ade yang kate, kat surau di kuliah die x der yang buat solat jemaah. Itu menunjukkan kitala yang kena menggerakkan solat berjemaah ini.
X salah kite menjadi imam. Jangan laa merasa rendah diri sangat untuk menjadi imam nie.
Lagipun syarat nak jadi imam senang jer. Die hanya perlu membaca Al-fatihah dengan betul dan mengetahui rukun solat dengan sempurna. Tu jee.. Tak susah pun..
Tak perlu surah panjang2 jika tak mampu.. Kita hanya inginkan kelebihan solat berjemaah itu.
*tapi lebih afdal kite baca surah lain selain dari 3 qul*
And, jika kita nampak jer ade yang mendirikan solat secara berjemaah, gerakkan hati kite untuk join diorang.. Tak salah pun.
*okaylaa, tak nak merapu panjang2 lagi :D*


Semoga kita mendapat manfaat daripada post ini walaupun sedikit ;)
Selamat merebut Cinta Ilahi..

Salam ikhlas dari Saya

You Might Also Like

1 comments

  1. solat berjemaah ni best ekceli . kita rasa mcm bersemangat nak buat ibadah tuu reramai :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR