Kehidupan ini

10:38 PM

Hari ini merupakan hari jumaat yang bertarikhkan nomber yang cantik iaitu 11.11.11,
dah lama tak post kat blog nie. Asyik berTWEETS jer. biaselah remaja sekarang nie
yang semakin lalai dengan permainan dunia.
pada 24 Oktober 2011telah berakhirnya 
peperiksaan yang agak besar bagi semua pelajar YIK.
SMU ataupun Sijil Menengah Ugama.
Senang jer kalau nak dapat Mumtaz, just kena rajin menghafal.

Pada tarikh 25 oktober pula, semua pelajar tingkatan empat ~ banat sahaja ~
telah berangkat ke Agro Resort kat setiu untuk merehatkan minda yang
berserabut kerana peperiksaan. Pelbagai aktiviti yang dilakukan di sane. 
~ tak perlu untuk saya sebutkan~

  Saya dapat pulang ke rumah untuk bercuti selepas selesai program itu.
dan telah menolah ajakan sahabat saya untuk pulang ke rumahnya.
Hari demi hari telah berlalu dan semua umat islam bakal menyambut 
Hari Raya Aidiladha
malah kebanyakan nya telah berangkat ke MEKAH
untuk menunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang mampu.
Saya dan keluarga pula akan menyembelih atau membuat korban.
uhhh... Betapa besar pengorbanan nabi Ismail yang sanggup 
mengorbankan dirinya untuk Pencipta.
Alangkah indahnya sekiranya kami sekeluarga dapat bersama-sama 
menjejak kaki ke Tanah Suci.

Bersama-sama melakukan ibadah haji dengan sempurna.
Bersama-sama berusaha mendapatkan haji Mabrur 
Hidup ini tidak seindah yang kita sangkakan.
Kekadang sukar untuk kita meninggalkan
sesuatu yang sentiasa dilakukan dan berubah ke arah yang lebih Baik.
Namun semua itu memerlukan sebuah Pengorbanan
Kejahatan tidak akan pergi tanpa kita yang menghalaunya.
Oh Tuhan, Engkau aturkan segala kehidupan ini.
Engkau mengetahui setiap apa yang terjadi.
Ku pohon segala keampunan dariMu untuk hambaMu ini.

Kita semakin lalai dengan propaganda dunia.
Aku ini hanya tersedar sementara dan kembali leka dengan Alam ini.
Hati ini semakin kurang getarannya tatkala mendengar namaMu, AzabMu
malah semakin tidak mempedulikannya.
Mungkinkah hati ini telah mati.
Apakah masih ia berdenyut dalam keindahan bertasbih pada Mu.
Oh dunia, Hindarilah engkau dariku. Jangan dikau menggodaku dengan
tipu dayamu, ketepilah konco-konco mu dari mendampingiku.
Temanku,
Bantulah aku melayari bahtera keimanan.
Kayu kapalku nipis untuk ke tengah lautan bahkan 
MUSTAHIL
untuk ke daratan sana.
Jangan dikau mengkhabarkan padaku akan 
keasyikan dunia.
Aku semakin kabur dengannya.
Bantulah aku menepis pancaran nafsu yang semakin menyilau
hingga menusuk ke pandangan mataku.
Kerana dalam perjuangan itu,
adanya kamu membantuku
mengingatiNya.

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News