Kejutan Daripada Sofinah!

8:03 PM


Assalamualaikum dan Hi korang!

Tak sangka dah masuk bulan disember. Rasa macam baru je semalam kita sambut tahun baru 2017, tup tup dah penghujung tahun. Sudahlah terkejut dengan pergerakan masa yang pantas ini, aku dikejutkan lagi dengan hadiah daripada blogger Sofinah yang melukis karikatur berwajah aku. Siap ada dua versi pulak tu, versi warna dan hitam putih. Rasa seronok dan teruja bila dapat ni. Iyalah, betapa gigihnya dia nak lukis dan sketch wajah aku. Untuk pengetahuan korang semua, Sofinah lukis karikatur wajah ni untuk semua peserta yang menyertai giveaway dia. Daebak!


Selain itu, sekali lagi aku terkejut dengan rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Akhirnya aku menang giveaway setelah banyak kali mencuba. Pertama aku menang giveaway daripada Nieyla Nadia untuk giveaway my lucky follower, kedua pula daripada Siqahiqa untuk october book giveaway dan kali ini Alhamdulillah, menang lagi untuk segmen suai kenal blogger seluruh Malaysia daripada Sofinah Lamudin. Tak banyak tapi tetap bersyukur dan bahagia gile untuk ni. Kadang-kadang aku join giveaway, contest tak terfikir pun untuk menang sebab tak terasa diri ini bertuah. Plus, kalau ada rezeki, ada lah tuahnya. Lagipun peserta yang join pun ramai jadi kemungkinan untuk menang tu tak besar. Hahaha. (eleh, cakap jelah yang selalu tak menang bila join..) Erk.

Terima kasih sekali lagi untuk para penganjur contest kerana bermurah mengadakan contest ni dan terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang join giveaway-giveaway dan secara tak langsung menarik aku untuk joinnya sekali. Kalau tiada mereka (lagi tepat anda yang membaca ni) mungkin tak tersebar giveaway tu kepada aku. (asal ayat aku macam ayat orang terima awards???LOL)
oh lupa, terima kasih juga pada geng blogger pantai timur yang selalu menyampaikan info dengan pantas. Tanpa diorang mungkin aku tak tahu aku menang sebab kebelakangan tak sempat nak buka blog

lucu pulak baca ni. tapi aku pun perasan yang gaya posting aku sedikit sastera (mungkin banyak)

You Might Also Like

12 comments

  1. Comeyyy najah hiiii.. dalam bentuk kartun .. apapun tahniah.. ala kalo dah Allah nak bagi rezeki, tu ada lah

    ReplyDelete
  2. haha lol, banyak luck eh. share ahh! :p

    ReplyDelete
  3. Hihi akak pun dapat jugak kejutan doodle daripda Sofinah.. Btw tahniah pada Najah kerana sekali lagi dicalonkan dalam top commentor jurnal akak..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/12/top-commentor-november-disember-2017.html

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan ^^ http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete
  5. join jugak & ada baca review blog Najah tu, cantik je kak sofinah susun ayat. Tahniah dapat duduk dalam bloglist kak sofinah :D

    ReplyDelete
  6. thaniah menang GA! btw daebaknya karikatur tu. boleh share profile pelukis tak, in case kalau nak order lukis dia?

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News