Puzzle dari Printcious

4:29 PM

Assalamualaikum dan hi korang!

Ingat lagi tak bebelan aku pasal Printcious? Kalau tak ingat dan tak pernah baca, kalian boleh tekan DISINI untuk membacanya. Selepas aku tulis panjang lebar post pasal Printcious, aku pun langsung ke website Printcious untuk usha-usha barangan apakah yang sesuai dijadikan hadiah.

Banyak jugalah yang menarik dan terasa rambang mata aku untuk pilih. Tapi setelah lama duk usha sambil berfikir, aku akhirnya memilih untuk membeli puzzle. Ini menurut aku sesuatu yang unik dan memikat hati aku. Aku kononnya tak mau kasi mug, gambar, dan lain-lain yang selalu dijadikan hadiah. Huhu. Selepas tu, terus aku fikirkan rekaan apa yang sesuai dan menarik untuk aku hiaskan sebagai hadiah. Hadiah ini aku ingin bagi kepada kawan aku yang banyak membantu aku di tahun-tahun akhir ijazah. Walaupun ulang tahunnya dah lepas, tak salah rasanya untuk aku bagi hadiah birthday yang lewat. Fikir punya fikir, dapat juga idea macam mana nak design.

Design tersebut, aku pakai photoshop dan save sebagai gambar. Kemudian gambar tu aku upload di Printcious selepas aku pilih barang yang aku nak beli. Aku pilih puzzle yang biasa je iaitu yang segi empat dibanding bentuk love. Inilah hasilnya


Cantik tak? Simple dan biasa je design aku sebab aku suka pada minimalist dan clean konsep. Tapi bagi aku cukup memuaskan kerana ia hasil tangan aku sendiri. Selepas place order dan bayar, Printcious mengambil masa seminggu untuk penghantaran. Tapi sebenarnya lebih cepat daripada itu. Printcious pertamanya akan mencetak design kita keatas barangan yang kita pilih, kemudian dia akan menghantar tracking number kepada kita yang menunjukkan barang itu sudah dipos. Teruja benar aku saat terima tracking number tu. Itu menandakan barang aku akan sampai dalam masa sehari dua lagi.


Taadaaa!! Barang dah sampai! Memang puas hati betul. Mula-mula aku ingat lambat sampai tapi rupanya dah sampai dan berada di rumah nenek aku (sebelah menyebelah rumah). Nasib baik aku terlintas pergi kat rumah nenek aku dan bertanya pasal barang aku. Bungkusan tak besar mana sebab hanya puzzle je. Walaupun begitu, barang aku tetap selamat dan plastik bungkusan sempurna tanpa kesan koyak.


Dari segi teknikal pula, kualiti print memang terbaik dan cantik. Aku tak sangka yang puzzle itu diprint bersertakan effect glossy pada kertas nya. Memang cantik dan kemas. Malah sebagaimana design aku sebegitulah diprintnya. Maksud kat sini, warna yang sama tanpa pudar atau berbeza dari yang sepatutnya. Hadiah dari Printcious ini memang sesuai dan kena dengan tagline dia iaitu
"Precious Gifts From Your Heart"
Jadi kalian tunggu apa lagi? Pergilah usha-usha barang di Printcious. Mana tahu ada yang menarik dan memikat hati. Lepas ni aku mungkin nak order lagi dari Printcious ni tapi mungkin barang yang lain pula. Mana taknya, kualiti, servis yang diberikan memang bagus dan memuaskan. Kalau kalian ingin merasa seperti mana yang aku rasa, belilah barang dari Printcious. Confirm puas hati!


Website: https://www.printcious.com/my
Facebook: https://facebook.com/printcious/

You Might Also Like

8 comments

  1. cantik juga pilih puzzle nie! len kali bleh la hehe

    ReplyDelete
  2. nak try lah beli kat printicous tu..

    ReplyDelete
  3. menariklah! nanti nak try tengok gak kat printcious

    ReplyDelete
  4. lawa nya. selalu bukak website tu. tapi belum pernah order pape lagi.

    ReplyDelete
  5. Singgah sini najah .. akak pun teruja belek kat web printcious tu. X tau mana satu nak pilih. Puzzle pun nampak cantik gak

    ReplyDelete
  6. Ni kalau rindu-rindu mau basah puzzle sambil nak siapkan hehe

    ReplyDelete
  7. Cantik jugak design nie, akak selalu dengar jea pasal produk nie.. Nanti nak kena order nie..

    ReplyDelete
  8. cntik cntik!

    hi jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News