Photography Tips (Elements of Composition)

8:30 PM


Assalamualaikum dan hi korang!

Posting kali ini aku ingin berkongsikan ilmu fotografi aku untuk kalian semua. Walaupun aku tidaklah professional dalam dunia fotografi tapi apa salahnya untuk aku kongsikan ilmu ini. Hal pertama yang perlu kita tahu sebelum mengambil gambar adalah element of composition. Ini sangat penting dan basic untuk mana-mana fotografer, tak kisahlah yang baru mahupun yang dah professional. Semua akan gunakan elemen ini untuk mendapatkan sebuah gambar yang cantik. Kalaupun dalam kelas asas fotografi, pastikan akan diajarkan yang ini juga. Jadi kat sini, aku akan kongsikan dalam 5 elements of composition, yang mana dikongsikan oleh fotografer professional iaitu Steve McCurry. (sebenarnya sama je elemen ni di mana-mana pun)

1. Rule of Third
Elemen ini sangat terkenal dalam dunia fotografi. Boleh dikatakan elemen yang mudah untuk digunakan. Gambar kita berbentuk segi empat (tak kisah tepat ke sama), dari situ bahagikan kepada 3 bahagian, menegak dan melintang seperti di bawah.

kredit

Setelah itu, letakkan subjek pada titik persilangan tersebut. Contoh seperti di bawah
kredit
kredit
kredit
Untuk ambil gambar orang pun boleh guna elemen ni. Gambar diatas, mata budak tu tepat mengena titik persilangan itu. Kalau nak kedua-dua mata kena pada titik pun boleh juga lagi cantik. Tapi kalau tak kena mata pun tak apa, ikut pada kesesuaian gambar. Garis-garis tu boleh diset dalam fon atau kamera tapi andai tiada setting tu, pandai-pandailah gambarkan sendiri garis tu.

2. Symmetry
Elemen kedua ini kebanyakkan dipakai untuk tema architecture atau buildings. Tapi boleh juga digunakan untuk tema yang lain mengikut kesesuaian. Sesuai dengan namanya simetri, kita perlukan memastikan gambar yang ingin diambil itu terbahagi sama rata, kiri dan kanan atau atas dan bawah. Kononnya seperti pantulan gitu. Contoh seperti di bawah

kredit

kredit

kredit

3. Framing
Untuk elemen ini, gunakan persekitaran untuk dijadikan frame kepada subjek kita. Boleh juga nak ambik frame yang betul. Hahaha. Framing ini seperti di sekeliling gambar kita ada sesuatu yang bertindak seperti frame dan subjek kita akan berada di dalam itu. Contohnya berada di bawah

kredit

kredit

kredit

Apa yang hendak dijadikan frame dan subjek itu terserah kalian. Yang penting, orang tahu itu frame itu subjek jika tengok gambar itu. Framing tak semestinya melingkari semua, boleh jadi separuh, atau 3 per 4 bahagian daripada sisi.


4. Leading Lines
Carikan satu titik point yang membawa garisan kearahnya. Elemen ini akan menghala atau menumpukan mata kita arah subjek disebabkan leading lines tersebut. Garisan boleh menggunakan garisan persekitaran kita atau kita boleh ciptanya. Contoh seperti dibawah

kredit

kredit
kredit

5. Contrast
Dalam elemen ini, kita perlu memastikan subjek dan background dalam gambar kita tidak sama. Serlahkan subjek kita. Contoh seperti di bawah

kredit

kredit


Ni bonus sebab aku dah malas nak tulis banyak-banyak. Harap kalian dapat praktikkan semua elemen ni. Bila dah dapat kuasai kesemuanya, barulah boleh break the rules. Sentiasa praktis kerana itu akan membawa kejayaan. Sekali ambik memang tak menjadi dan tak cantik, kena berkali-kali ambik baru gambar tu nampak cantik. Elemen-elemen ini boleh digunakan oleh semua platform kamera samada dslr, fon, dan sebagainya.

Anda juga boleh menggunakan kreativit sendiri ketika guna elemen ni. Boleh menggabungkannya. Sekiranya ingin aku ulaskan lebih lanjut elemen-elemen lain, boleh la komen di bawah. Andai ada sebarang pertanyaan, ajukan kat ruangan komen ya.

Selamat mencuba dan berusaha!

Jika mahukan maklumat lebih lanjut mengenai komposisi fotografi ni, bolehlah layari lamn web di bawah ini 

You Might Also Like

6 comments

  1. baru je study pasal ni td. hehe

    jmput la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. wah najah, akak pun suka ambil gambar ,,tapi amateur jerr lah jadi tak jadi belakang kira haa. sekejap nampak cantik sekejap idok,, hii tq for sharing the tips. boleh apply nanti

    ReplyDelete
  3. wuuu mekasihhh tips niiii! berguna wehhhh. hehe

    ReplyDelete
  4. Akak suka snap gmbr, nanti boleh la apply tips ni.

    ReplyDelete
  5. Dulu husniey belajar jugak photography tu pun sebab subjek wajib ambil masa spm dulu.. Alhamdulillah lepas tu lebih alert tentang elemen penting bagi hasilkan gambar yang jadi sedap mata memandang.. Tapi takdelah pandai mana pun.. Sikit2 bolehlaa 😂😂

    ReplyDelete
  6. dekat vsco ada line petak2 tu tapi tak pernah guna sebab rimas. Hahaha rupanya ada kegunaan dia. Penting pulak tu. Thanks Najah for the tips :D

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News