#REVIEW Movie : IT 2017

11:30 AM


Assalamualaikum!
Alhamdulillah, masuk sudah kita ke bulan oktober. Masih berbaki 2 bulan sebelum tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu, rasa macam baru je sambut tahun baru 2017 semalam, tup tup dah nak masuk 2018. Okay, kali ini aku akan review filem yang baru saja aku tonton pada 30 September. Tonton bersempena ulang tahun adik aku, jadi dapat 2 tiket wayang percuma daripada GSC.

Filem IT atau nama lainnya ialah IT: Part 1 - The Losers' Club merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah novel hasil tulisan Encik Stephan King keluaran tahun 1986.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : IT 2017
Tarikh Keluar : 8 September 2017
Genre : Drama, Horror, Thriller
Pengarah : Andy Muschietti

“If you come with me, you’ll float too…”

Sinopsis :
Filem ini berkisarkan seorang abang bernama Bill yang sangat rapat dan kasih kepada adiknya, Georgie. Pada suatu hari, Bill terpkasa membiarkan adiknya bermain berseorangan diluar dalam keadaan hujan kerana dia ketika itu tidak berapa sihat. Adik dia bermain bot yang dah bersalut lilin dan membiarkan bot itu berlayar hingga akhirnya bot itu masuk ke dalam lubang saliran air. Di situlah, adiknya Goergie bertemu dengan Pennywise dan kemudiannya hilang tanpa jejak. Dari situlah bermulanya pencarian Bill bersama rakan Baverly, Eddie, Stanley, Mike, Ben dan Richie yang lain mencari jalan untuk merungkaikan misteri kehilangan ramai kanak-kanak di kawasan kejiranan kecil Derry daerah Maine, Amerika Syarikat yang berlaku setiap 27 tahun lalu. Mereke menubuhkan The Loser Clubs atas satu persamaan sama yang mereka miliki. Mereka setiap satunya memiliki karakter yang berbeza. Yang seorang itu pembersih dan menjaga kesihatan, seorang gagap, seorang acah kool, seorang banyak cakap dan lain-lain lagi

Penemuan akhirnya terungkai apabila mereka mengetahui kehilangan adik Billy adalah disebabkan oleh hantu badut yang dikenali sebagai Pennywise atau The Dancing Clown yang gemar makan kanak-kanak. Badut ini juga menggunakan ketakutan diri kanak-kanak sebelum dia memakan kanak-kanak tersebut. Dalam setiap kumpulan, akan ada yang berani dan ada yang tidak. Bill ini meskipun gagap tapi memiliki keberanian yang kuat untuk mencari adiknya. Disebabkan itu, dia bersungguh-sungguh memburu badut ini hingga hampir mengorban nyawa dia dan kawan-kawannya. Tambah pula, badut itu sepertinya tidak mudah untuk mati meskipun sudah pelbagai cara digunakan.

Rating Imdb : 7.9/10
Rating Rottentomatoes : 4.2/5
Rating aku sendiri : 8/10 



Satu filem seram dan thriller yang begitu mengagumkan dan mencemaskan penonton. Mungkin ini keranan kekuatannya yang terletak kepada banyak scene jump-scare and elemen seram. Boleh dikatakan hampir satu bilik wayang terkejut dan menjerit ketika menonton ini. Walaupun begitu, aku tidak merasakan begitu. Aku tiadalah sampai ingin menutup mata dan telinga, atau turut sama menyumbangkan suara menjerit takut. (Mungkin terlalu banyak tengok cerita seram,thriller). Filem ini juga dengan beraninya beraksi di permulaan cerita, dan boleh dikatakan hampir sepanjang ceritanya kita akan berasa takut dan cemas. Ada saja agenda si Pennywise tu untuk menakutkan budak. Jalan ceritanya begitu teliti hingga penonton akan memahami plot ceritanya secara keseluruhan. Filem ini juga berjaya membangunkan karakter setiap watak, apabila turut diceritakan secara ringkas tapi berisi. Disamping itu, pelakon-pelakon dalam filem ini berjaya melakonkan watak mereka dengan baik walaupun mereka hanya sekumpulan budak. Tidak lupa pelakon yang melakonkan watak si Badut Pennywise. Sepanjang 2 jam filem ini, kita juga akan turut terhibur dan ketawa dengan ragam sekumpulan remaja tersebut. Mungkin filem ini dikategorikan untuk 18 ke atas kerana dialognya yang kebanyakkan tidak sesuai dipakai oleh remaja.

Sinematografi filem ini cantik dan bersesuaian untuk sebuah filem seram, thriller. Penggunaan tona warna yang baik dan tepat pada scenenya menghidupkan lagi suasana horror. Ini salah satu sebab keberhasilan filem itu. Apa yang menarik hati aku lagi adalah apabila filem ini seperti mengajar kita untuk mengatasi ketakutan kita kerana ketakutan kita itulah yang akan memakan diri kita. Ia juga mempamerkan keberanian menghadapi pembuli atau orang yang menghalang kita. Cuma ada beberapa hal yang memusykilkan aku seperti, apakah sebenarnya badut itu? Adakah dia iblis yang jahat dan kejam? Atau sekadar hantu yang nakal? Bagaimana pula keadaan kanak-kanak yang terapung itu? Bagaimana untuk mematikan sumpahan bandar Derry itu? Kenapa badut itu makan kanak-kanak? Mungkin aku rasa kalau dibaca novelnya akan lebih faham. Ada aku dengar yang filemini hanyalah chapter 1 daripada novel itu. Yang lagi menarik, filem It sebelum ini ditayangkan pada tahun 1990 dan sekarang yang terbaru pada tahun 2017 dimana jaraknya sebanyak 27. Wow! Luar biasa bukan? dan Badut itu pula selalu membuat onar setiap 27 tahun di bandar Derry. Tapi adakah aku harus menunggu 27 tahun lagi untuk menyaksikan sambungannya? Atau chapter 2 akan segera dibuat penggambaran?

Itu saja ulasan aku tentang filem ini. Kalau rasa tak kuat, tontonlah bersama mereka yang berani. Hahahah. Sekian sahaja daripada aku, sehingga berjumpa lagi.


You Might Also Like

7 comments

  1. ngeeeee...gee memang taklah cerita seram!penakot!tapi suami & anak-anak suka sangat!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. kalau camtu, mmg x sesuai tgk cerita ni. sbb banyak aksi terkejut dan seram mendebar

      Delete
  2. Aduhh cerita seram tak tengok la..

    ReplyDelete
  3. mcm nk tgk. tp seram cam ni aihh, kang paranoid pulakkk

    ReplyDelete
  4. Well written. Good review. Keep on writing. Will always be your supporter.

    ReplyDelete
  5. haha sis memang tak kuatttt tapi nak tengok. haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR