Printcious.com – Hadiah berharga lahir dari hati

9:00 AM

Assalamualaikum dan Hi!

Dari ‘Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah hadiah diantara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan. [HR Muwatta’ Imam Malik]
Hadiah. Kadang tidak perlu alasan yang kukuh untuk kita hulurkan hadiah. Tidak perlu menunggu ulang tahunnya, tidak perlu menunggu hari konvonya, tidak perlu menunggu hari istimewa. Cukup dengan satu iaitu, kerna Aku sayangkan dia. Kita ciptakan hari istimewa itu, detik istimewa itu antara kita dan dia. Hadiah yang diberi itu tidak perlu yang termahal dunia atau yang termurah di dunia, tapi cukup hadiah itu membuatnya bahagia tanpa menilai harga sebuah hadiah.

Iya, kalian boleh bagi apa sahaja hadiah untuk mereka tercinta bahkan kalian boleh hadiahkan juga hadiah untuk diri kalian. Buntu? Tidak tahu apa yang ingin dijadikan hadiah? Baiklah, ini hadiah saya terhadap kalian. Dengan tagline
"Precious Gifts From Your Heart"
anda boleh mendapatkan hadiah istimewa anda dari Printcious. Princious menawarkan pelbagai barangan yang boleh anda dapatkan seperti Mug, T-shirt, begs, cushion dan lain-lain lagi untuk dijadikan hadiah buat si dia.


Nak hadiah untuk cik abang? ADA
Nak hadiah untuk cik adik? ADA
Nak hadiah ulang tahun? ADA
Nak hadiah untuk keluarga? ADA
Nak hadiah untuk perkahwinan? ADA
Nak hadiah untuk ibubapa? ADA
Yang PENTING semuanya ADA!

Ngak usah lagi pening pikirin hadiah. Cukup dengan Printcious aja!

Muka utama Printcious
Pilihan hadiah yang ditawarkan

Di Printcious, anda boleh design dan hasilkan hadiah dengan rekaan anda tersendiri. Ini bukan sekadar text saja tapi anda turut boleh letakkan gambar ke atas barangan pilihan anda. Seru banget! Ini bisa bikin si dia menangis terharu saat menerima hadiah daripada anda. Iyalah, itu hasil tangan anda. Memerah otak untuk menjadikan hadiah itu special. Hadiah yang direka sendiri mempunyai nilai estetik yang tersendiri dimana ia ternyata lebih dihargai daripada hadiah yang dicekup entah dari mana.

CUKUP! CUKUP! BAWA SAYA KE PRINTCIOUS SEKARANG!

Okay, okay! Pertama sekali anda perlu membuka browser anda dan taip https://www.printcious.com/my

Sudah itu, anda akan dibawa ke homepage Printcious. Disana, anda boleh pilih hadiah yang anda inginkan dari pelbagai kategori hadiah. Anda boleh terus pilihnya atau mulakan dengan mendaftar diri anda terlebih dahulu di Printcious. Seeloknya signup dulu baru beli.

Kategori hadiah bagi home & living

Kategori hadiah bagi office
Selesai pilih?

Anda boleh pilih nak reka sendiri atau pilih design yang sudah disediakan
Sekiranya anda pilih untuk reka sendiri, anda dikehendaki untuk design terlebih dahulu tetapi sekiranya anda hanya memilih design yang disediakan, anda boleh langsung membuat pembayaran.

Anda boleh tekan start designing untuk memulakan design anda

Masukkan text atau gambar pilihan anda
Setelah selesai mendesign, anda perlu klik pada done untuk ke proses selanjutnya

Tambah barang ini pada cart anda dengan tekan Add to Cart
Tekan checkout untuk ke proses pembayaran
Jika anda ingin menambah barangan lain, anda boleh continue shopping dan lakukan proses yang sama seperti sebelum ini, tapi seandainya anda sudah habis membeli, anda perlu menekan butang checkout untuk melakukan proses pembayaran. Oh lupa, anda boleh masukkan promo code sekiranya ada dan tekan apply untuk menikmati diskaun yang ditawarkan.

Isi maklumat anda dengan lengkap
Menarik lagi tentang Printcious ini, ia menawarkan dua kaedah pembayaran yang bagi saya sangat efisien dan mudah.

1. Online Banking (termasuklah debit/credit/fpx)
2. CDM (Cash Deposit Machine) / ATM

Sudah semuanya dikerjakan, anda cuma perlu menunggu abang posmen datang ke depan rumah anda membawakan hadiah itu untuk anda. (Abang posmen merupakan manusia yang sering ditunggu-tunggu oleh jutaan manusia di dunia ini. Beruntungkan jadi posmen, diri sentiasa dinanti. Eceh) Tempoh penghantaran ini mengambil masa selama seminggu kecuali anda duduk di kutuk utara makanya ia dilanjutkan ke sebulan. Tapi ia tidak mungkin sehari kerana pihak Printcious perlu memproses tempahan anda, dan kemudiannya perlu print mengikut apa yang anda kehendaki. Walaupun begitu, jangan risau kerana pihak Printcious akan bergerak pantas supaya tempoh penghantaran dipendekkan dan anda akan dapat menghadiahkan barang itu tepat pada waktunya.

ingati langkah mudah ini
Ngak usah tunggu lama-lama. Langsung aja ke website Printcious ini. Mudah, cantik dan berkualiti sesuai untuk mereka tersayang. Direka tulus dari hati anda.

Oh ya, kalau anda ini jomblo atau forever alone, anda juga boleh beli barang di Printcious dan hadiahkan sendiri untuk diri anda. Eh. Wahahaha

Website: https://www.printcious.com/my
Facebook: https://web.facebook.com/printcious/



notakaki : saya pernah tulis pasal memberi hadiah di SINI. Jemput tengok kalau rajin

You Might Also Like

2 comments

  1. kite pernah beli kat printcious. memang cantik and berkualiti. belum update kat blog je lagi hadiah tu

    ReplyDelete
  2. Wowww...ingat baju je leh design online dan hantar ke rumah. Skang pelbagai gift pun design sendiri secara online. Hebat kak. :D

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News