#KISAHSIAPA 17 : PATUH

12:14 PM

CREDIT

Manusia.

Makin dilarang itu, makin berkeinginan untuk melakukan hal itu.

"Kereta tu hanya boleh pecut sampai 80 km/j sahaja. Tak boleh bawa lebih. Kalau tak mudah rosak nanti"

Itulah pesanan ibubapanya kepada dia.

Tapi dia manusia.
Kekadang dia melanggar pesanan itu. Tidaklah beberapa kerap.
Hanya ketika dia sudah lewat.

Bawa 80 km/j boleh menyebabkan dia rasa mengantuk. Kena berada di lorong paling kiri. Tidak boleh pecut. Hanya mampu memandang kereta-kereta lain keriangan memecut laju di jalan raya.

Hari itu, Nabilah ada date dengan kak bella.
Dah lama rasanya dia tidak jumpa kakak kesayangannya itu.

Seorang naqibah dan sahabat yang sentiasa memberinya semangat.
Menegurnya andai dia salah.
Menginspirasi kehidupannya.

"Nabilah kenapa lambat?" tanya kak bella sambil melihat jam di tangannya.
Jarum pendek menunjuk ke nombor 9 yakni Nabilah telah lewat setengah jam daripada waktu yang seharusnya dia tiba.
Selalunya Nabilah jarang lewat. Kalau lewat sekalipun, mesti dia ada masalah. Ke dia memang ada masalah sekarang. Kak bella bermonolog sendirian.

"Maaf akak, saya tak sengaja lambat. Maaf sangat2, lain kali saya akan datang lebih awal" balas Nabilah dengan nafas tercingap-cungap. Gaya dah macam berlari 1km walaupun jarak sebenarnya 10m.

"Tenang dulu. Lepas tu bagitau apa sebenarnya yang menyebabkan awak lambat?"
terbit rasa kesian dalam hati Kak bella melihat keadaan Nabilah. Tulah, dah suruh jaga jasmani ditolaknya dengan pelbagai alasan meski alasan sebenarnya malas. Tengok, berlari tak sampai 11m dah letih tahap maksima. Ish ish.

Mungkin dia kena tekankan balik muwasafat tarbiyah yang QAWIYUL JISM (kuat tubuh badan) kepada adik usrah dia sorang nie.

Nabilah mengambil tempat untuk duduk bersebelahan dengan naqibahnya. Dua-dua menghadap tasik. Dia duduk bersila dan meletakkan begnya di sebelah dirinya. Setelah itu, di betulkan pernafasannya dengan menarik dan menghembus nafas dengan betul. Hingga dia rasa, dirinya dah tenang dan stabil.

"Sebenarnya, saya dah bertolak awal 45 minit memandangkan jarak perjalanan dari rumah saya ke tempat yang kita nak jumpa ni lebih kurang 40 minit. Tapi entah macam mana, hari ni banyak pula kereta atas jalan raya. Tak jem pun cuma jalan jadi sibuk dengan kereta-kereta tersebut. Selalunya tak banyak kereta time-time macam nie."

Nabilah tinggal bersama maknya di sepang. Dia berkeputusan untuk menemani maknya yang berada keseorangan di kuarters pekerja meskipun jarak perjalanan untuk ke kampusnya jauh kerana kampusnya nun di bangi sana. Tapi dia lebih rela asalkan maknya bahagia dan dia bahagia. Berkorban sedikit apa salahnya fikir Nabilah.

"Jadi tu salah satu punca kenapa saya lambat. Ditambah lagi dengan kereta yang tidak boleh pecut melebihi 80km/j. Kalau degil juga nak pecut lebih daripada 80 km/j, confirm kereta tu mengeluarkan bunyi yang buat saya bimbang."terang Nabilah siap dengan gaya memohon simpati.

Kak bella hanya diam. Lama jugalah dia diam. Hingga buatkan Nabilah berasa serba salah.

"Takkanlah kak bella marah kat aku? Apa yang aku nak buat nie. Aku tahu aku salah sebab lambat. Tapi aku tak boleh bawa lebih daripada 80 km/j. Kalau aku tak patuh, nanti kereta tu akan rosak. Nak tak nak kena juga aku bawa 80 km/j,"bicara hati Nabilah.

Dia dah mula bimbang.
Sekali sekala dia memandang wajah naqibahnya. Selebihnya diarahkan kepada permandangan tasik di hadapannya yang sungguh tenang alunan air. Kak bella hanya memberi tumpuan kepada arus air tasik yang lembut dan tenang itu. Wajahnya bersahaja. Tidak menampakkan dia marah atau merajuk. Cuma mungkin dia sering senyum menyebabkan wajahnya seperti senyum meskipun dia tidak senyum ketika itu. Dengan wajah yang manis gitu, ramai juga ikhwah yang jatuh hati dengannya.

Selepas 10 minit berlalu, akhirnya Kak bella bersuara.

Fuhh.. lega hati Nabilah bila mendengar suara naqibahnya.

"Nabilah, cerita awak pasal kereta awak tu buat akak terfikir."

"eh, apa yang menarik pasal cerita kereta lama tu"hati Nabilah bertanya.

"Dalam hidup kita, sudah Allah sediakan manual kehidupan yang sempurna untuk kita. Ada larangan dan suruhan dari Nya. Dan kita manusia. Salah satu daripada sifat manusia ini, makin ditegah makin dibuatnya. Allah dah bagitau, jangan buat dosa, tapi makin kita lakukan kerana kita rasa senang dan suka dengan perbuatan dosa itu. Macam contoh kereta awak tadi, mekanik, ibubapa dah pesan supaya pandu kereta tidak lebih daripada 80km/j. Tapi awak pecut juga lebih daripada itu sebab dengan pecutan itu awak dapat sampai cepat. Awak suka bawa laju. Eh, tapi akak tak katalah awak nie macam tu. Awak kan patuh pada pesanan"sengih kak bella

Kak bella nie macam saje nak kenakan saya. Sabar jelah. getus hati Nabilah dengan muka sedikit terkejut.

"Jadi macam tu lah manusia, dah kata tak boleh buat tu tapi tetap nak buat. Meskipun dengan pecut awak dapat sampai ke destinasi dengan lebih cepat tapi kereta awak kemudiannya akan rosak. Sama juga dengan dosa, jika dengan melakukan dosa dapat mencapai matlamat awak tapi awak yang akan binasa. Dosa tetap dosa. Matlamat tidak menghalalkan cara. Cara untuk sampai ke destinasi awak tanpa lambat ialah dengan merancang perjalanan awak. Bertolak awal. Bertolak lebih awal untuk waktu-waktu sibuk. Hehehe"
Kak bella mengeluarkan coklat vanhouten dari beg nya. Dia menghulurkan satu kepada Nabilah.

"Tapi perumpamaan ini hanya sesuai untuk kereta awak je. Jangan persoalkan kereta lain yang tiada masalah seperti kereta awak. Hihi."

"Hahahahaha.. Baru nak tanya tadi." balas Nabilah sambil tersenyum biri-biri. Eh.

"Kenapa manusia sukar untuk patuh?"tanya Nabilah, tangannya menguis-kuis rumput di hadapannya. Kesian kat rumput tu kena cabut.

Kak bella hanya tersenyum. Dia seperti dapat mengagak itu soalan yang bakal ditanya oleh adiknya itu.

"Sebab manusia tidak menyedari dan tidak cuba untuk menyedarkan diri."

"hah? saya tak faham laa kak bella"jelas di wajah Nabilah riak bingung.

"Begini, kita ambik contoh awak dan kereta awak tadi. Kebanyakkan manusia tahu yang mereka perlu patuh kepada Allah. Tapi itu sekadar tahu je. Tahu tanpa sedar. Macam awak tahu yang awak perlu patuh kepada pesanan yang tidak boleh bawa lebih 80km/j tapi sekadar tahu jelah dan kemungkinan awak boleh melanggar pesanan itu meskipun awak tahu. Berbeza pula dengan awak tahu dan awak sedar awak perlu patuh pada pesanan kelajuan itu. Bila awak sedar, secara tidak langsung awak takkan langgar pesanan itu sebab awak tahu apa akibatnya jika melanggar. Malah awak juga akan menjaga dengan baik kereta itu agar tidak rosak. Awak akan sentiasa check air kereta, angin tayar, dan lain-lain lagi bagi memastikan kereta itu tidak rosak. Sedar ini umpama awak ada tanggungjawab terhadap sesuatu dan tahu baik buruknya."

"Kita tengok situasi sekarang. Ramai yang tahu mereka islam tapi tidak ramai yang sedar mereka islam. Mereka yang tahu itu, terus menerus memuaskan keinginan dunia berbeza dengan mereka yang sedar. Mereka yang sedar ini, dia ada rasa tanggungjawab sebagai seorang islam aka muslim. Mereka berusaha meraih redhaNya. Berusaha melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Andai mereka tergelincir, mereka segera memohon keampunan dan meninggalkan dosa itu."

Panjang lebar kak bella menghuraikan teorinya. Terlintas dalam hatinya, adakah Nabilah faham penjelasannya? Bimbang juga hatinya andai tidak tersampai benda yang dia ingin sampaikan. Seorang pendakwah seharusnya tidak syok sendiri. Membebel panjang lebar tapi perkara yang penting ingin disampaikan itu, tidak dapat difahami oleh mad'u(orang yang didakwah) tiada guna juga. Baik yang ringkas tapi difahami.

"ooooo.. saya faham. rupanya macam itu. sebab tu ramai yang tidak patuh. dan menjadi tanggungjawab kepada mereka yang sedar ini untuk menyedarkan mereka yang tahu kan?"

"yup."balas kak bella sambil mengunyah coklat bar.

"Thanks kak bella untuk perkongsian itu DAN JUGA untuk coklat yang sedap ini. Hehe"

You Might Also Like

2 comments

Assalamualaikum,
~sila tinggalkan komen anda~
~Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga~

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH