#ULANGTAHUN20

3:17 PM



Bismillah,
Assalamualaikum,

Hari nie, diharapkan berlalu seperti hari hari lain.
Kerana mungkin umur ku sudah mendaki kematangan.
Sudah dirasakan lagi untuk meraikan ulang tahun kelahiran.

Diharapkan tiada siapa yang akan mengingati tarikh ini.
Meski kedengaran seperti keseorangan dan bersendirian,
Tapi sudah cukup rasanya bagiku hadiah doa
yang dititipkan oleh mereka kepadaku sehari hari.

Kesal bagiku andai mereka meraikan kelahiran ku
dan mengingati tarikh ku tapi aku tidak mengingati serta meraikan
tarikh istimewa mereka.

Kesal teramat. Satu kesalahan dalam hubungan.

Apapun, terima kasih kepada mereka yang mengingatinya.
Terima kasih mereka yang mengucapkan kata selamat padaku.
Terima kasih juga yang mendoakan dalam diam.

Ternyata aku harus sedar.
Nikmat 20 tahun hidup di muka bumi ini suatu nikmat terbesar.
Nikmat yang jarang aku syukuri.
Tapi merayu rayu untuk diberi peluang kedua oleh-Nya,
sedangkan sudah diberi berkali kali.

Masih juga aku merangkak mengais ilmu
Masih lagi aku tergagap menjawab persoalan agama.
Masih lagi buntu melawan hujah kafirun.
Masih lagi membaca surah sama dalam solat.
Masih lagi berada di tahap asas.

Sepatutnya dengan 20 tahun hidup itu,
aku sudah ke peringkat seterusnya.

Semoga Allah merahmati kita semua.
Semoga ditempatkan di syurga sana.

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News