KISAHSIAPA #1 : RIAK

4:32 PM



Bismillah,
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, satu hari telah jelang dan berakhirnya hari yang lain. Putaran ini akan terus berulang lagi dan lagi sampai tiba masa yang dijanjikan. Mungkin kita tidak sempat sampai ke penghujung hari tapi yang pasti kita akan terus menghadapi hari hari ini.

Eh?

Panjang plak intro. Hari ini saya rasa ingin menambah perasa kepada blog saya. Perasa penceritaan yang motif tersirat. Tajuk hari ini pasal RIAK.

RIAK : melakukan kebaikan semata untuk dilihat orang.

*****
"Kak bella! Kak Bella!"

"Ya, kenapa nie?"

"Saya tak sukalah dengan Nabilah tu."

"Eh, tak suka akak ke?"

"Taklaa.. Hahaha.. Akak nie. Saya maksudkan Nabilah tu."

"ya, ya. akak tahu. Kenapa tak suka dia?"

"Dia riak. Suka menunjuk nunjuk. Menyampah saya" muka mencebik

"Tak baik tau kata begitu. Mana tahu dia riak?"

"Saya tahulah. Tengok gaya dia pun dah tahu."

"Pernah dengar tak pasal tahap ukhuwah?"

"Pernahlaa. Akak ada cakap masa usrah kita. Pertama Salamatul sodri (berlapang dada), Kedua musawah (kesamarataan), Ketiga plak Ithar (melebihkan kepentingan sahabat melebihkan kepentingan sendiri.). Eh, teruknya saya. Tahap yang last sekali pun x mampu saya buat. Maafkan saya, akak"

"No hal laa. Tapi seeloknya awak minta maaf dengan nabilah sebab awak dah bersangka buruk dengannya bukan dengan akak."

*****
"Nabilah, kenapa nie? Berkerut kerut muka akak tengok?"

"Eh, kak bella. Saya terbeli air bliss yang dah tamat tempoh sebab tu jadi macam nie. Tadi nak minum tapi tetibe rasa masam x best. Menyesal plak tak tengok dengan teliti. Botol tak nampak kembung pun, macam botol air yang masih elok."

"Hahaha. Ingatkan apa tadi.Takpe nanti kita beli yang lain."

"Gelak pulak dia."muka tiada feelings

"Nak tahu sesuatu tak?"

"Gapo dio?"

"Kejadian awak nie buat akak teringat pasal riak. Macam awak tahu, riak maksudnya ingin menunjuk nunjuk."

"then, apa kaitannya?"

"Bila orang riak, amalan yang dilakukan nampak gah dihadapan manusia. Cantik persis wali. Tapi sebenarnya perbuatan dia itu sia sia sahaja. Malah dia tidak dapat balasan syurgapun dari Allah. Sama macam air bliss nie. Masa awak beli, botol dia cantik macam botol air yang lambat lagi tempoh tamatnya tapi rupanya dia dah tamat tempoh. Akhirnya air itu memberi rasa masam kepada sipeminumnya dan air itu disia siakan sahaja. Duit pun habis begitu tanpa mampu menghilangkan dahaga kita."

"Oooo.. Orang yang riak ini orang yang rugi. Bersusah payah beramal last last kosong. Gitu?"

"ya betul."

*****

Semoga cerita ini mampu memberi kefahaman kepada si pembaca. Amatlah malang kalau saya berkarya tapi anda tidak mendapat maksud yang saya sampaikan. Macam syok sendiri.

Jadi andai ada yang tidak mengerti bolehlah komen di bawah.

Semoga bermanfaat.

ps: nama tiada kaitan dengan sesiapa. mohon jangan terasa atau perasan

You Might Also Like

2 comments

  1. Takutnya bila terdekat dengan riak, ujub ataupun takbur.. Syaitan pula memang tak henti-henti membisikkan pujian apabila kita melakukan sesuatu kebaikan..
    Nak kena latihkan diri utk ikhlaskan hati bila beramal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebab tu kena sentiasa beristighfar. Manusia tidak akan lepas dri penyakit hati

      Delete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

Broaden News




#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR