Beritahu aku !

5:27 PM


Bismillah
Assalamualaikum

Jumaat 8 Ogos bersamaan 12 Syawal *xpsty 12 ke 11* .
Hari demi hari berlalu meninggalkan kita. Dan kita masih begini. Terumbang ambing terhayut dek ombak manisnya dunia. Sedar tak kita akan kemunculan pakcik izrail nanti? Apa mungkin langsung tidak sedar. Lena barangkali dibuai empuknya dunia.

"Orang yang paling aku sukai ialah mereka yang menunjukkan kesalahanku"
- Umar Al Khattab

Andai kita menyukai mereka yang menegur kita nescaya kita dapat mengawal keegoan kita yang tercabar. Dan kita tidak seperti pakcik Umar yang dijamin masuk sorga-Nya malah tidak juga seperti Hassan Al Banna mahupun Pak cik Haron Din yang dalaman lebih mantap dari kita. Tapi itu bukan bererti kita tidak akan dapat langsung menjadi seperti mereka. Tentu sahaja kita juga mampu melakukannya.

Kita adalah diri kita. Takkan mampu kita untuk menjadi diri orang lain. Tapi kita mampu menjadi yang terbaik dalam diri kita. Untuk menjadi yang terbaik itu, kita memerlukan mereka yang menunjukkan kesalahan kita kerna kita tak nampak kesalahan diri dengan mata kasar kita mahupun mata hati kita. *mungkin nampak mungkin tidak*
 Kerna kita hidup di bumi ini berkongsi dengan manusia yang lain. Kerna kehidupan kita ada perkaitannya dengan kisah orang lain.

Maka, janganlah melenting atau marah bila diri ditegur. Buka minda dan hati. Terimalah dengan semangat yang positif agar hari esok lebih baik dari hari ini. Mungkin sahaja kita takkan dapat teguran itu kelak dan terus hanyut dengan kedosaan melingkari diri.

Sekian

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News