Aku tahu MEMBACA lah !

1:16 AM


Bismillah,
Assalamualaikum.

Salam Ramadhan ke 17. Macam tak percaya je yang kita sedang melangkah masuk ke fasa separuh akhir Ramadhan. MashaAllah, macam mana ramadhan aku sebelum nie? Terasa macam aku telah mensia siakan peluang ini. *masuk dapur cari bawang*

Tapi berapa ramai yang sedar akan kelebihan bulan ramadhan kareem nie? Ya, beruntunglah bagi mereka yang mengetahuinya dan bermanfaatnya. Bagaimana pula dengan mereka yang masih sama sebelum ramadhan, semasa ramadhan dan selepas ramadhan? Bagaimana nasib mereka yang tidak mengetahuinya? *Mungkin ada yang langsung tidak ingin amik tahu atau mengendahnya*

Iqra'
Bacalah

Yup, Bacalah.

Bacalah apa?

Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan

Kerna baca itu bukanlah sekadar baca. Kerna baca itu bermatlamatkan satu. Baca kerna Dia, Allah. Bukan untuk riak, menunjuk nunjuk, dan berlagak di dada bertambun ilmu. Tetapi Dia menyuruh kita membaca dengan nama Dia, supaya pembacaan kita tidak menyusahkan diri kita sendiri. Sebab Dia senantiasa Tuhanmu yang paling mulia. Ayat pertama yang diturunkan ini jugak menyuruh kita untuk menuntut ilmu. Supaya menjadi mukmin berilmu dan menjadi sebagaimana resmi padi semakin berisi semakin tunduk mukmin semakin berisi semakin sujud padaNya.
Ayat ini juga membuktikan betapa penting nya ilmu dalam kehidupan. Iya, kerna jikalau tiada ilmu di dada nescaya islam itu akan dipraktikkan dengan tunggang langgang.

Seorang mukmin tidak akan bertambah riak atau takabbur dengan ilmu banyak yang dimiliki malah mereka semakin bertambah zuhud dan merendah diri kepada Allah. Dengan membaca dan menimba ilmu, akan lebih mendekat diri kita kepada pencipta kita. Dengan membaca dan menimba ilmu, kita akan mengenali mencipta kita dengan lebih baik, tidak kurang juga untuk mengenal kehidupan. Dengan membaca dan menimba ilmu, kita dapat menyingkirkan jahiliyyah dan kebodohan kekhilafan diri. Kerna itulah ayat ini merupakan ayat pertama yang diturunkan. Menuntut ilmu itulah bukanlah sekadar membaca. Namun dengan membaca kita dapat meluaskan pengetahuan kita. *kita berkehendak juga kepada penjelasan seorang guru*

Jika kita membaca LILLAHI TA’ALA, tulisan di kulit kayu dan keping batu pun kita sanggup baca. Kita baca kerana mahu mencari ilmu. Kita mahu mencari kebenaran. Yang mendatangkan kemanisan ialah pada mengetahui apa yang kita tidak tahu. Mengetahui apa yang tidak diketahui, segera menyedarkan kita bahawa kita sedang diajar oleh Dia.

Apabila kita membaca bukan LILLAHI TA’ALA, kita terpesong daripada asas membaca. Kita letakkan pelbagai syarat kepada bahan baca agar ia kita baca. Ia mesti cantik, ia mesti ditulis dengan font yang sesuai, ia mesti tidak terlalu panjang, ia mesti tidak terlalu pendek, ia mesti berserta ilustrasi, mesti ergonomik, macam-macam syarat kita letakkan supaya kita baca.

Lebih lebih lagi pada zaman sekarang yang mana penulisan pena semakin luas tersebar. Zaman dimana mereka aktif menulis dan menaip. Zaman yang tersebar yang sesuatu ilmu dan kabar dengan hanya pena. Kita membaca setiap bait yang ditulis. Susah sekarang untuk mencari bahan bacaan yang baik lebih lebih lagi dalam internet. Ada saja gosip tu, propa nie, dan macam macam lagi. Malah kepalsuan sesuatu juga mudah merebak jauh dengan teknologi sekarang. Hanya tekan butang forward dan siap, si dia nun di sana sudah dapat membacanya.

Kita perlu ingat, apa apa sahaja bahan bacaan kita semuanya bermotifkan yang sama.

Jika itu menatijahkan manfaat dan menyelamatkan, ia mahmudah.Jika ia tidak menatijahkan apa-apa, ia lagha.Jika menjadikan kita jengkel, ia mazmumah.Jika membuatkan kita tahu aib mereka yang lain, ia haram.

Asalnya kita baca kerana keperluan.Tetapi tanpa sedar kita baca kerana kemahuan.Apabila sesuatu kita lakukan, pada kadar kemahuan melebihi keperluan, yang kita layan bukan fitrah diri mencari kebenaran, tetapi nafsu yang mencari keseronokan.

Jadi pilihlah bahan bacaan yang baik. Bacaan yang baik mampu melindungi hati kita dari keras. Bila hati keras pelbagai kemudharatan hadir. 

Bila hati keras kita baca al-Quran pun tidak rasa apa-apa. Baca ayat tentang Syurga tidak rasa nikmatnya. Baca ayat tentang Neraka tidak rasa gerunnya. Baca tentang Mukmin, kita rasa itu kita. Baca tentang Munafiq, kita nak tujukan kepada orang selain kita. Apabila kita baca al-Quran dan kita tidak rasa apa-apa, ertinya hati kita keras. Orang yang keras hati, jauh daripada Allah. Astarghfirullah hal azim.

Tulisan lagha, mengeraskan hati.

Bersabarlah dalam membaca. Jika kita membaca LILLAHI TA’ALA, kita membaca kerana mahukan bertemu dengan kebenaran. Maka semasa membaca bahan seperti bahan sejarah, kita menyabarkan diri dengan ‘kebosanan’. Sejarah tidak perlu ditokok-tambah. Malah kita tidak mahu ia ditokok-tambah. Kita membaca sejarah kerana kita mahu tahu apa yang sebenarnya. Buku ratusan muka surat juga mampu kita baca meskipun buku itu hanyalah mengandungi tulisan tanpa sebarang gambar.

Betapa ramai hari nie yang dirinya makin tersasar dan jauh dari arti keislaman dirinya, dari penciptanya?
Betapa ramai hari nie yang tidak bersabar dalam membaca. Menggantikan bacaan yang "membosankan" kepada bacaan yang lebih "menarik".
Bahkan betapa ramai hari nie yang langsung tidak merasai kemanisan membaca? *gara diri malas nak membaca*

Manusia yang tidak membaca melanggar perintah Tuhan.
Manusia yang membaca pun, apabila tidak membaca kerana Dia, belum mentaati Tuhan.
Pembacaannya tidak membesarkan Tuhan.
Pembacaannya hanya membesarkan hal hal yang tidak perlu dibesarkan.

Oleh itu, Bacalah dengan nama Dia.

Sekian
Semoga bermanfaat.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
~sila tinggalkan komen anda~
~Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga~

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH