Yang Mana Satu?

11:57 PM


Bismillah
Assalamualaikum

[AMARAN !! ENTRY NIE PANJANG. ]

Alhamdulillah, pada 15 Mei 2014 telah tamat program Asasi saya dalam bidang Teknologi Maklumat. Setahun berlalu. Segala detik manis pahit masam dan masin yang terjadi sepanjang perjalanan aku sebagai pelajar asasi selamat dibukukan dalam buku memoir 2013/2014. Ceritera itu akan ku kisahkan sikit sekadar untuk menggamit memori.

*****
Aku mendapat surat. Surat dari Universiti Tenaga Nasional. Surat maklum balas permohonan aku. 

Tahniah ! Anda berjaya

Tapi hatiku tidaklah merasa gembira walaupun sedikit. Aku mengharapkan tawaran yang lain. Tarikh pendaftaran dah hampir. Ya Allah, sampaikanlah kabar gembira untukku. Semoga aku mendapat tempat untuk yang satu lagi.

Keesokkannya, pakcik posmen datang. Disebalik timbunan surat yang diterima, terselit surat yang aku nantikan. Surat yang besar. Kehkeh. Bahagianya rasa. Malam tu, aku berbincang dengan umi. Yang mana satu harus aku pergi. Meski kehendak di hati menginginkan diri melangkah ke Multimedia University, tetap perlu bermusyawarah. Bincang punyer bincang, akhirnya umi bercadang supaya aku ambil grafik multimedia di uniten, putrajaya yang dekat dengan adik beradik aku berbanding grafik multimedia di mmu, melaka yang tiada kenalan di sana. Dan, ke uniten la aku..

Minggu orientasi berlangsung selama seminggu. Mereka semua mencari kawan. Berkenalan. Tidak keseorangan. Ke mana mana pasti bersama. Aku pula sebaliknya. Diam. Perhatikan saja gelagat itu. Ditegur baru membalas. Agak tidak ramah atau malas beramah? Hahaha.

Kelas Bermula

Diri mula suaikan diri dengan persekitaran. Meletakkan diri dalam zon mesra antara mereka sekelas. Memecahkan tembok antara diri ini dan diri itu. Hingga tiada istilah perpisahan dalam jalinan. 

Trimester silih berganti, begitu juga dengan rakan sekuliah. Tanpa sedar, tirai bakal berlabuh. Tapi ikatan itu masih teguh. *Harapnya masih begitu* 

Dari rasa tidak rela hati berada di uniten, hingga timbul sayang. Sayang pada tarbiyyah yang aku dapat di sini. Mengenali mereka yang banyak memberi aku nilai kehidupan dan kemanusiaan. Mengajar aku apa itu erti perjuangan secara tidak langsung. Menyedarkan aku untuk tidak terus leka dan lagha dengan apa yang dimiliki. Menyuruh aku untuk berkongsi. Memberi jiwa aku sejuta rempah ratus perasaan. 

Mungkin semasa degree aku dah tak sama jadual kuliah yang sama dengan mereka memandangkan pilihan course yang diambil berbeza. Tapi harapnya akan terus berhubung. 

Sampai di sini kisah klasik aku. Sambung ke penceritaan asal. Yang Mana Satu?

*****
"Umi, jah dah habis foundation. Untuk degree, jah pilih graphic and multimedia."

"Course gapo so lagi?"

"Information system. Walaupun jah minat jugak course tu tapi jah amik hok graphic sebab ke arah cita cita jah"

"Hurm. Susah jugak course graphic tu. Jah wat istikharah doh ko?"

"Errr.. hehe, dok."

"Wat laa. Molek skit. Doa pado Allah biar pilihan jah untuk beri manfaat untuk dunia dan akhirat. Biar Allah tunjukkan yang terbaik untuk jah."


Perbualan antara aku dan umi. *maaf karna guna loghat kelantan, tapi x de laa pekat sangat :P*

Ya, dalam membuat pilihan kita perlu merujuk kepada yang si Pemberi pilihan. Dalam erti kata lain perlu melakukan istikharah. Meskipun pilihan itu sudah ada kata putus tapi tetap perlu untuk beristikharah juga agar keputusan yang diambil tidaklah memberi penyesalan di kemudian hari.

Hari ini ramai yang beristikharah dalam urusan memilih si dia sahaja. Sedangkan istikharah itu boleh diluaskan lagi skopnya untuk urusan urusan lain. Kekadang tidak perlu menunggu ada pilihan baru hendak dilakukan istikharah tetapi istikharah itu boleh dilakukan setiap hari agar segala tindakan  dan keputusan kita yang terbaik untuk kita. *maaf karna aku juga sedang berusaha melakukan istikharah ini*

Cara untuk melakukan istikharah boleh laa merujuk di SINI SINI SINI dan SINI

Kerana kita ini bergantung kepadaNya, kerana itu kita perlu back to basic.
Untuk mengetahui hasil setelah beristikharah bukanlah melalui mimpi semata, tapi sebalik melalui banyak cara seperti kelapangan dada memilih itu, kepuasan setelah bermusyawarah dan lain lain lagi.


Yang mana satu akan menjadi pilihanku?

Pilihan ku course graphic and multimedia.
Cuma sekarang aku berharap keputusan ini membantu aku untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat serta mendekatkan lagi hubungan aku denganNya.

Aku tahu sikit sahaja yang memilih course ni kerna kebanyakkan lebih memilih course Information system atas alasan peluang pekerjaan yang meluas dan diri yang tidak seberapa tidak kreatif. Okey, Itu hak mereka. Pandangan mereka yang mana mungkin mereka telah fikir yang terbaik untuk diri mereka.

Aku juga begitu. Rezeki itu milik Dia. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mengapa aku perlu bersusah hati? Apa yang aku perlu lakukan sekarang hanyalah sentiasa betulkan niat aku dan berusaha. Dan apa yang aku lakukan selama nie bukanlah hanya mendapatkan uang yang banyak. Oleh itu, aku tidak kisah untuk memilih yang ini. Walaupun aku juga meminati I.S or coding, tapi itu tidak menghalang aku dari terus menuntut ilmu dalam bidang itu. Aku ada ramai kawan yang akan belajar ilmu tu so apa salahnya aku menimba ilmu dari mereka? Hehe *poyo je bunyi*

Ops maaf, bukanlah niat di hati untuk berlagak tapi itu lah prinsip yang aku pegang. Apa jua pekerjaan yang bakal dilakukan haruslah kernaNya, mencapai Mardhatillah. Lagipun aku suka mencabar diri aku untuk mengambil sesuatu yang berlainan dari orang ramai. *tapi tak tahu diri kuat ke tak untuk menghadapinya. haha*

Kreatif bisa dipupuk,
Duit bisa dikumpul,
Bijak bisa dicapai,
jika diri tidak membela malas.

Maaf untuk segalanya.
Yang baik itu hadirnya dariNya.

Sekian
Semoga terus bermusyawarah dengan Nya
Semoga dikurniakan pilihan yang bagus.

You Might Also Like

4 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

Broaden News




#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR