Terima Kasih, Inche Kahfi !

11:28 PM


Bismillah..
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, kita berjaya sampai ke malam jumaat yang penuh barakah. Harap harap kita juga masih dapat mengecapi dunyaa keesokkannya..

Tadi aku melihat schedule aku untuk trimester 3 ini. Sangka ku, aku akan pulang pada malam 24 April kerna minggu sebelumnya aku tidak dapat pulang. Tengok tengok, aku tak dapat balik ke rumah kakak aku sampailah aku habis final exam iaitu pada 15 Mei.

Ini gara gara hujung mingguku yang terselit satu dua program yang menurut ku penting dan diri ku perlu menghadiri nya. T.T
Nak menanges aku dibuatnya. Aku pun tak tahu kenapa. Apakah sebab aku tidak dapat balik pada minggu birthday ku? Mungkin.. huh

Kekadang aku rasa kenapa aku mengorbankan semua kerianganku untuk perkara itu? Apakah akan ada orang yang akan mengorbankan hal demikian sebagai mana aku..?
*sebab sedih sangat so otak tak dapat bersangka baik*

Kebetulan ketika mindaku serabut, jiwaku kacau, aku sedang bermesej dengan seorang seniorku. Dan dia bagi aku ini sebagai solusi masalah ku meski aku tidak menceritakan punca kesedihanku padanya..


Yang mana quotes ini pernah aku berikan pada suatu ketika dulu dan ia kembali kepadaku dalam keadaan aku amat memerlukannya. Bukan terhadap quotes tu tapi maksud disebalik itu.
Dan aku berlari ke pangkuan Inche Kahfi. Disitu aku menemukan suatu yang tepat mengena sasaran. Sasarannya hatiku. Kisah Nabi Musa. Kisah yang menyuruh aku untuk mengambil hikmah atas apa yang terjadi. Tidak sewenang wenangnya menuduh dan berfikir yang bukan bukan. Mengajarku untuk memanfaatkan kebijaksaan ini ke arah kebaikan.

Terima kasih pada yang terlibat.
Aku mula reda setiap yang berlaku.
"semoga kita terus menjadi yang terbaik dari semasa ke semasa."


You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
~sila tinggalkan komen anda~
~Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga~

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH