KETERBALIKKAN !

1:26 PM


Bismillah.
Assalamualaikum.

Bila otak mampu berfikir maka diri mula membuka minda. Memandang sekeliling. Menjadi pemerhati tegar. Diam dan lihat disisi. Dan diri dikejutkan dengan situasi keterbalikkan yang rancak berlaku sekarang.

"lelaki jadi perempuan. perempuan jadi laki eh?"
"mak ayah jadi orang suruhan anak?"
"isteri yang queen control?"

Hahaha.. Betul tapi kurang tepat. Isu keterbalikkan yang cuba aku bawakan ialah isu yang mana perkara yang sepatutnya jadi luar biasa menjadi biasa. Ada faham? :)

"tak faham sangatlaa, cu terangkan sikit."

Owh.. Gini, isu keterbalikkan yang cuba aku ketengahkan ialah perkara maksiat yang sepatutnya kita menganggap luar biasa tapi telah dianggap biasa. Kerna itu perkara kebatilan dilakukan secara berleluasa oleh masyarakat dunia terutamanya yang berstatuskan diri sebagai seorang muslim mahupun mukmin.

Di manakah kesensitiviti kita sebagai seorang daei ataupun penda'wah ataupun lebih tepat sesama saudara seislam? Kita hanya memandang hal demikian dengan sebelah mata umpama itu perkara normal dan biasa. Umpama hal kebatilan itu tidak mendatangkan dosa kepada si pelaku dan si pelihat kejadian. Umpama itulah trend sekarang.

Apakah deria kita dah hilang dek arus globalisasi sekarang? atau deria kita lemah dek diri yang lagha? atau deria kita mati kerna hati kita mati? atau deria kita dah lali dengan hal demikian akibat selalu lihat dan nampak? atau deria kita pengecut untuk merembes dek keimanan kita yang lemah?

*****
Kisah Satu

A : B, kau nampak tak apa yang aku nampak tadi?
B : Ape yang kau nampak?
A : Perempuan yang lalu depan kita tadi.. Sungguh luar biasa pemakaiannya. Jom kita nasihat dia? Kesian kat dia nty
B : Pebende kau nie? Biasalaa tu dunia sekarang. Trend pemakaian yang semakin seksi dan tak cukup kain. Tak payah laa nak tegur dia. Lagipun dia dah besar.

Kisah Dua

A : B, kenapa dengan suasana kat tasik nie? Luar biasa je aku tengok manusia yang lepak kat sini. Laki berduaan dengan perempuan. Duduk plak berdekatan. Aissh.. 
B : Biasalaa tuu.. orang couple. sedang rancak bercintan cintun.. hihi..
A :Tapi itu bukan biasa luar biasa..

Kisah Tiga

A :bahagianya rasa
B :kenapa?
A :si dia caring pada aku, sanggup mesej dengan aku memalam buta, mengorbankan duitnya untuk aku.
B :Erk. hal yang luar biasa pernah aku dengar. bukankah perkara itu tak sepatutnya berlaku?
A :apa yang luar biasa? biasalaa tu. laki perempuan sekarang bermesej, bertanya kabar. caring satu sama lain. mencintai.. sweet ape
B :*terus muntah pelangi* meh aku kenalkan kau pada cinta yang lebih sweet dari tu.

*****
Okey, aku hanya selitkan tiga contoh cerita yang berlaku pada kita sekarang. 
Ya, akibat penggunaan frasa kata "biasalaa tu" akhirnya kita terperangkap dalam isu Keterbalikkan ini. Jika dibiarkan , hal ini akan menjadi lebih serius dan lebih parah.
Umpama barah yang kecil di badan, jika tidak dirawat ia makin menular ke bahagian yang lain malah turut memusnahkan sel sel badan.

Jadi kita perlu memulakan langkah untuk menyembuhkan isu keterbalikkan ini. Tingkatkan sensitiviti kita terhadap kebatilan agar mereka segan untuk melakukannya. Perlu bangkit untuk aspek pemulihan dan pencegahan. Segalanya bermula dengan kita yang sedar dan masih dipeluk dengan makcik hidayah. Jangan biarkan makcik hidayah berjauhan dengan kita gara gara ketidakendahan kita ini.

Kita mampu mengubahnya.

Sekian.
MAY ALLAH EASE AND GUIDE US


You Might Also Like

2 comments

  1. Betul.. Benda2 yang sepatutnya dianggap luar biasa kini dah jadi biasa lah tu sebabnya benda2 gini dah banyak sangat di serata tempat. Tiada usaha untuk si pelaku tu sedar padahal diri sendiri dah tahu apa yang mereka lakukan itu salah. Kalau dah tahu tu janganlah buat2 tak tahu kan.. Hmmh... v.v

    ReplyDelete
  2. itulah virus yang menimpa masyarakat sekarang.. kita mampu mengubahnya jika kita mahu

    ReplyDelete

Assalamualaikum,
~sila tinggalkan komen anda~
~Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga~

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH