Eh, cik APRIL !

3:27 PM


Assalamualaikum :)

Sedar tak sedar kita dah berada di bulan april bagi tahun 2014.
Dan dalam bulan april, pelbagai hal yang berlaku ke atas diri ku serta mereka di sampingku.

Kem BTN


Secara rela tak relanya aku menyertai Program Transformasi Mahasiswa anjuran Biro TataNegara di Kem Bina Negara Lipis.
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam membuka pemikiranku. Kekadang kita memerlukan melihat dari konteks yang lebih luas agar kita bisa memilih dengan lebih baik.
Semua kenalan ku mengirimkan ku nasihat agar menjaga diri, iman dan sahabat-sahabat.
Ya, mungkin saja jika aku tersalah langkah, bisa saja corak pemikiran turut berubah. Aku tidak mengatakan aku nie penyokong tegar mana-mana parti politik di negara ini tapi aku seorang biasa yang mahukan kestabilan dan kebersihan di medan ini.

Tutup event pertama, buka event kedua.

Birthday Party Usrah



Semalam, Alhamdulillah selesai menyambut jamuan kelahiran bagi April Girls. Hehe
"bila hati-hati ini telah bersatu kerna-Nya maka ketiadaan satu hati cukup memberi impak keanehan dalam pertemuan ini"
Semua usrahmates dapat menghadirkan diri ke dalam bulatan gembira ini kecuali seorang. Meski perancangan yang dirancang pada awal itu gagal dan telah diubah berulang-ulang barangkali, tapi komitmen untuk bersatu tampak lebih GEMPAK. Masing-masing berkongsi rasa kebahagiaan dalam diri agar semua dapat merasa. Gelak tawa, gurau senda, usik mengusik, itu sungguh mengasyikkan diri ini. Mungkin menbahagiakan diri. Amat menyenangkan dan memceriakan.
Sekalipun demikian, jamuan itu tidaklah diisi dengan gurauan dan sorakan semata tapi semestinya turut terisi dengan input yang bermanfaat dari setiap usrahmates. Terima kasih kalian.. Uhibbuki fillah abadan abada

belek ke event lain.

Birthday Ayah

10 April merupakan ulang tahun kelahiran ayah mengikut tahun masihi. Berkali kali aku menelefon ayah *dalam diri memujuk diri agar bisa berkata-kata dengan baik* tapi masuk voicemail. Akhirnya aku berkeputusan untuk menghantar sms kepada ayah. Merangka ayat yang sesuai dan mengakhiri dengan luahan sayang seorang anak. Sebelum tu, adik aku yang berada di asmara kol aku. Dia meminta untuk aku turut menyampaikan ucapan darinya kepada ayahku dek dia tak dapat kol ayahku. Petang tu pulak, adik aku yang bongsu mesej aku.

"kak jah rasa na patut wi gapo ko ayoh?"

"hurmm.. x taulaa.. cuba tanya umi atau kak bah."

"okey."

dan seketika sebelum usrah.

"jah, abg ith nak buat skype family dengan ayah"

"aloooo.. jah ada usrah malam nie. nati jah download skype dalam fon"

Malangnya, aku tak sempat install pun apps skype malam tu. Dan hal itu berlalu tanpa kehadiran diriku.
Pagi ini, aku dapat balasan mesej dari ayah. Ayah menghantar mesej itu kesemua nombor aku.

"SELAMAT MAJUJAYA CEMERLANG DUNIA AKHIRAT, SEMOGA ALLAH PELIHARA KITA DALAM REDHA-NYA. ITULAH SEBESAR BESAR NIKMAT HIDUP."

Dan jiwa aku terusik dengan kata kata itu. Air mata mulai bergenang.

belek cepat-cepat ke events lain.

Flying to Germany


"...oleh itu, mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikan bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)" [03 : 137]

Sesungguhnya sukar untuk kita melepaskan mereka yang mana hati kita telah bertautan antara satu sama lain. Tapi semua itu tidak bererti kita akan sentiasa bersamanya selamanya.
Belajar untuk berjauhan.
Belajar untuk berkasih sayang.
Belajar untuk merindu.
Belajar untuk mengeratkan.

Selamat bermusafir, kak Dayah!!!
May Allah ease and guide your step there.
Keep strong and ambil ibrah sekeliling :)
we here will pray for you..

TUTUP BUKU.

"Segala yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu dari diri ini"
"bersama melangkah ke dunia yang lebih baik"


You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

Broaden News




#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR