Bersangka BAIK [PART1]

12:20 AM


Assalamualaikum :)

Hari nie nak bercerita pasal BERSANGKA BAIK atau dalam bahasa arabnya HUSNOZON.
Hmm.. ramai yang mungkin perlu tahu bahawa bersangka baik ini banyak kelebihannya malah tidak merugikan diri langsung.. 
But dalam entry ini saya takkan terang details kerna saya hanya ingin tunjukkan beberapa situasi. 
Moga Allah permudahkan untuk saya berkongsi lebih lanjut dalam post akan datang.

***
A: B, tolong buang sampah nanti. Aku takut berulat dan busuk. Aku tak sempat nie.
B:.....
A: B, tolong eh buang sampah nanti. Terima kasih.

Beberapa jam seketika..

A pulang ke rumah dan melihat sampah masih penuh seperti yang dia tinggalkan. Dalam hati sudah memarahi B. Perasaan amarah mula membuak buak dalam diri A. Dengan langkah tidak ikhlas, A mengambil sampah dan pergi membuangnya. Lepas tu, terus ke bilik B.

A: B, pesal kau tak buang sampah hah? Kan aku dah suruh tadi !!
B: Kau ada suruh eh? Maaf aku tak dengar. Telinga aku bengkak sejak semalam so pendengaran aku mengalami masalah sikit. Maaf sangat-sangat A. Meh aku buang.
A: Oohh.. Tak pe, aku dah buang. Nape tak cakap awal-awal?

***
Sedang A menghantar mesej dengan B untuk bertanya kabar, namun B mendiam. Tiada balasan yang diterima.
Lama A menunggu hingga dirinya hilang sabar. 
"Oooo.. Dengan orang lain cepat kau balas tapi dengan aku lambat ye. Tak pe, tak pe, aku akan balas balik ape yang buat pada aku. Lepas ni aku tak nak dah bermesej dengan kau. Huh ! "getus hati A

Keesokkannya,

B: A, maafkan aku. Masa kau hantar mesej kat aku semalam, aku tertidur. Mengantuk dan letih sangat. Banyak kerja yang perlu aku bereskan sampai balik rumah tu aku terus terlelap. Bila bangun malam tu, aku baru baca mesej kau. Masa tu, aku rasa bersalah sangat. Nak balas je time tu tapi fikir kau mungkin dah tidur. So, aku bercadang untuk jumpa kau hari nie. Maafkan aku.
A: Ooohh.. Aku ingat kau tak nak balas mesej aku. Hehehe..


 NASIHAT :

Seteruk mana pun balasan yang kita dapat, masih ada kebaikan disebalik itu. Maka gerakkan otak untuk berfikir dan mencari hikmah tersembunyi.

Kekadang apa yang kita berprasangka itu susah untuk betul. Jika betul sekalipun, tentu ada sesuatu yang kita buat membuatkan berlaku perkara yang kurang baik terhadap kita.

WHAT WE GIVE, WE GET BACK !

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
~sila tinggalkan komen anda~
~Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga~

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH