~Kerdilnya Diri Ini~

12:03 AM

Assalamualaikum :]

"Semakin kita menuntut ilmu, Semakin kita merasakan ilmu kita sikit"

Ya Allah, selama 2 hari nie 31 Ogos & 1 Sept 2013 aku menyertai satu program yang diberi nama KONVENSYEN BIDADARI DUNIA 2013.



Sungguh berada di sana sangat membahagiakan jiwa ini. Bahagia kerana dapat menuntut ilmu baru dan yang paling bahagia kerana berada di dalam majlis ilmu.
Bermula dengan slot pertama hingga slot terakhir, aku sudah memperoleh banyak hal baharu dan jua memperbaharui hal yang lama.
Ini buatkan aku berasa sungguh kerdil berbanding mereka yang berada di pentas mahupun di auditorium. Aku rasa ilmuku cukup sikit jika nak dibandingkan dengan mereka. Tapi aku bersyukur kepada Allah kerana beri aku peluang untuk berada disana bersama-sama mereka.
Walau seteruk atau sebiasa mane pun orang itu, dia mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu, Maka ambillah pengajaran darinya.
Mungkin ini satu teguran Allah kepadaku yang mengambil ringan tentang ilmu yang pelajari dulu.
Allah nak aku sentiasa menuntut ilmu dan mentadabbur AlQuran.
Semoga ilmu yang aku peroleh ini akan ku kongsikan pada hambaMu yang lain.
Sungguh aku x sabar untuk share dengan sahabat2ku xkira diorang kenal atau x aku
Terima Kasih, Ya Allah.

Kata-kata atau perkataan itu tidak mampu mengungkap satu perasaan.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
~sila tinggalkan komen anda~
~Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga~

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH