~Smile,Please~

12:27 PM

Salam, sahabatku..!!!
Hari nie, saya nak post pasal senyum.. :)
x tahu senyum tu macam mana, nie saya import KEY SHINEE untuk ajar korang semua senyum,
"tengok saya buat"

hah, macam tu lah..
sebenarnya saya tulis pasal senyum sebab saya suka sangat tengok semua orang senyum dan bergembira.
Memang pada zaman sekarang nie susah nak tengok orang senyum sebabnya kita tak senyum dulu kat orang tu..Mungkin ade yang kate " saya dah senyum kat dia tapi dia tak balaspun senyuman saya"
tak per sebab kite tak rugi sedikitpun malah beruntung..
Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Tengok Nabi SAW pun menggalakkan kite untuk senyum. Walaupun orang tidak senyum kepada kite tapi lama-kelamaan senyuman yang disedekahkan dari kite untuk dia akan mencairkan hati beliau.
 Memberi senyuman tidak kira kepada siapa pun ketika bertemu mungkin dianggap perkara kecil atau remeh tetapi senyuman ikhlas yang diberikan itu mempunyai nilai sedekah kerana menimbulkan kegembiraan orang lain dan mengeratkan ukhuwah sesama Muslim. Mengukir senyuman adalah kebaikan yang tidak memerlukan modal, namun ganjarannya besar dan begitu memberi kesan positifnya dalam kehidupan bermasyarakat.
Hmm.. sekian jelah post saya, ade mase saya post plak :D

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

5TH BATCH

#BLOGGERPANTAITIMUR

#BLOGGERPANTAITIMUR