Pejuang Sejati

6:41 PM




Sajak ini ditujukan buat insan yang bernama bapa/ayah/abi/daddy dan sewaktu dengannya.
Sayangilah ayah kita sama ada dia masih ada atau telah pergi buat selama-lamanya selagi diri kita masih bernyawa dan bernafas di dalam bumi yang bersifat sementara...

Oh ayah!

Telah berdiri seorang lelaki
Bekalan hidupnya kecekalan diri
Walau menempuh ribuan dugaan
Tetap tegar dengan kesabaran
Berkurun lama kau memerah keringat
Kini hasratmu bakal tersemat
Tabahnya dirimu membangunkan bangsa
Melihat anak-anakmu maju dan berjaya
Kau mula melangkah dari lembah
Menjejaki awan abaikan rasa lelah
Jutaan terima kasih kami taburkan
Dek pengorbananmu bak
Gunung Tahan Namun kerana dikau lelaki
Deritamumu itu dapat diselindungi
Tangisanmu umpama debu-debu di hati
Allah dan dirimu sahaja yang mengetahui
Kesepian bagimu teman nan sejati
Banyak mengajarmu mengenali diri
Tenang wajahmu matangmu berbicara
Salah satu kunci masjid yang bahagia -

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News